Rooney, Ronaldo selamatkan United
MIDDLESBROUGH - Jaringan gol penyamaan pada lewat permainan oleh Wayne Rooney menyelamatkan Manchester United daripada tewas kepada Middlesbrough apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 di Stadium Riverside, semalam.
Penyerang Middlesbrough yang berharga AS$24 juta (RM77 juta), Afonso Alves akhirnya menamatkan badi tanpa jaringan apabila melakukan penyudah cantik di kedua-dua babak untuk memberikan sedikit tekanan kepada United yang menghuni tangga teratas Liga Perdana England.
Namun, anak buah Alex Ferguson menunjukkan kemampuan mereka dengan Rooney menjaringkan gol ke-17 setakat ini ketika perlawanan berbaki 16 minit.
Penyerang antarabangsa England itu menyudahkan hantaran rendah Park Ji-Sung dalam kotak penalti yang terkena pemain pertahanan David Wheater.
Usaha keras United mencatat keputusan seri sudah memadai untuk membolehkannya selesa di takhta liga dengan kelebihan tiga mata untuk menghampiri kejuaraan.
Sementara itu, Portsmouth layak ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan West Bromwich Albion 1-0 hasil jaringan penyerang antarabangsa Nigeria, Nwankwo Kanu.
- AFP

No comments
Post a Comment