Penduduk Mesir protes kenaikan harga barang
PENDUDUK dan pekerja yang tidak berpuas hati membaling batu ke arah polis yang melepaskan gas pemedih mata sebagai membantah kenaikan harga barang dan kadar gaji yang tidak berubah di Mahalla El-Kobra, semalam. Penunjuk perasaan menyerbu dewan perbandaran, membakar tayar di atas jalan raya, membaling kerusi ke arah tingkap kedai dan mencuri komputer. Kira-kira 150 penunjuk perasaan ditahan dan 80 lagi cedera dalam kejadian di bandar tepi Sungai Nil itu.
Sekurang-kurangnya 100 yang lain ditahan di merata-rata di seluruh Mesir, kata pihak berkuasa, ketika beribu-ribu penduduk ponteng kerja dan sekolah dan beratus yang lain membantah kenaikan harga makanan seterusnya mengakibatkan kemerosotan sektor pekerjaan.
Hampir 40 peratus daripada 76 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan AS$2 (RM6.38) sehari. Harga barangan asas seperti minyak masak dan beras hampir dua kali ganda beberapa bulan kebelakangan ini, di tengah kekurangan meluas roti subsidi kerajaan.
Ramai rakyat Mesir di Kaherah memberi maklum balas terhadap gesaan tindakan di seluruh negara itu dengan ponteng kerja atau sekolah. Biasanya kedai ditutup di ibu negara ini dan keadaan lalu lintas tidak sesak berbanding biasa
Gesaan bagi tunjuk perasaan di seluruh negara itu adalah cubaan besar-besaran pertama oleh kumpulan pembangkang untuk menukar kekacauan pekerja buruh pada masa lalu kepada bantahan politik meluas terhadap kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.
Tunjuk perasaan dan huru hara di bahagian utara berlaku dua hari sebelum pemilihan utama majlis tempatan, menyebabkan kerajaan gentar dengan membuat pengecualian duti import minggu lalu ke atas beberapa barangan makanan dalam usaha meredakan ketidakpuashatian ekonomi.
Kerajaan disokong Amerika Syarikat itu dengan tegas memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dilarang di negara ini, dan mereka yang terbabit biasanya ditahan oleh pasukan keselamatan Mesir. - AP

No comments
Post a Comment