Program Kelate Sohor tarik minat generasi muda

KOTA BHARU, 20 April (Hrkh) - Generasi muda di Kelantan diharap menjadi perintis bagi melahirkan belia yang berwawasan tinggi serta mampu mempertahankan tahap keimanan walaupun di mana sahaja berada.

Ia bertepatan dengan slogan ?Enjoy but don?t forget Iman? yang diterapkan Kelab Generasi Elit Kelantan melalui program Kelate Sohor yang diadakan kali kedua baru-baru ini.

Kelab itu ditubuh pada April 2007 sehingga sekarang disertai hampir 5,000 belia. Baru-baru ini kelab itu menjayakan program ?Malam Ukhuwwah 2008? bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.

Ia dianggotai antaranya Kelab FCOC, Charade, Kenari, K-Car, KB4G, MMC, KelHoc, Motosikal Klasik dan superbike.

Presiden Kelab itu, Dr Wan Ahmad Razali berkata, sebanyak 24 persatuan terdiri daripada pemilik pelbagai jenis kereta dan motosikal menyertai kelab tersebut.

?Antara aktiviti yang dijalankan sebelum ini termasuk sprint test dan drift, manakala pada masa akan datang road show akan diadakan di seluruh Malaysia,? katanya pada pelancaran program tersebut.

Menurutnya tahun ini, pemerhati dari Perak, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan dijemput memberi pandangan berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan Kelab Generasi Elit Kelantan.

Sementara itu, pegawai Pembangunan Belia, Urusetia Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Zuraidin Abdullah berkata, dalam melaksanakan apa sahaja kegiatan kekuatan iman perlu dipertahankan.

Katanya juga sebuah badan yang dikenali sebagai ?Raudhah ?Ubudiyyah? akan diwujudkan dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Kelantan serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai program kerohaniah dan meningkatkan taraf ekonomi generasi muda. - mj

1 comment

samsoel bahri said...

Sepatutnya, Kerajaan, Membuat UU. UU yang sesuai dengan Islam. Ulama yang shalih mempatwa "Hukumnya" yang sesuai dengan Agama/Bukan Nafsu. Setelah itu Pemerintahlah yang menjalankannya. Supaya kita tidak terjerat dengan "Pasal" *Tiap-tiap kita Pemimpin, Apa yang kita Pimpin, Pasti akan ditanya di kemudian hari! Wassalam. Thanks.

Powered by Blogger.