RAKYAT SELANGOR ATAU BN?
Rakyat Selangor bantah -Isu projek ternakan babi RM100 juta
Utusan Muntah - Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.
Hampir kesemua mereka yang ditemui tanpa mengira keturunan tidak bersetuju ladang penternakan itu dibina di negeri Selangor yang telah mendapat status negeri maju ini.
Syahril Shawaluddin, 26, seorang kerani yang bertugas di sini berkata, pembinaan ladang penternakan ini walaupun dibina dengan teknologi moden sekali pun pasti akan mengundang masalah.
Beliau berkata, ia juga melibatkan sensitiviti masyarakat setempat di Sepang yang pastinya akan menghadapi kemungkinan dan risiko wabak penyakit seperti yang pernah berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.
‘‘Ia agak mengejutkan. Saya tidak setuju dengan apa yang kerajaan Selangor nak lakukan ini dan saya minta jangan mencemarkan negeri Selangor,” katanya.
Ahli perniagaan, Azwandi Amiruddin, 29, pula ingin tahu apa niat sebenar kerajaan negeri mahu membina ladang penternakan babi ini sama ada kerana kepentingan politik atau kepentingan rakyat. more...

No comments
Post a Comment