DUNIA Selesema burung muncul semula
SEOUL: Korea Selatan semalam mengesahkan wabak terbaru selesema burung di sebuah ladang ternakan itik di tenggara negara itu dan turut menyiasat dua lagi kemungkinan kes sama selepas satu kes dikesan di kawasan berhampiran.
Pekerja sudah pun memulakan proses memusnahkan 6,500 itik di ladang Jeongeup yang menyaksikan kematian lebih 6,000 itiknya sejak minggu lalu.
Pekerja terbabit juga sudah memusnahkan ribuan ternakan yang dihantar ke tempat lain, kata Kementerian Pertanian.
Pihak berkuasa turut menyiasat dua ladang ternakan itik lain yang mana beratus-ratus ternakannya mati kelmarin.
Kawasan terbabit cuma 27 kilometer dari ladang ternakan ayam di Ginje, kira-kira 215 kilometer ke selatan Seoul yang turut menjadi lokasi kejadian pertama H5N1 dalam masa 13 bulan.
Kementerian itu mengharamkan pengedaran 3.6 juta itik serta ayam dari kawasan dalam lingkungan 10 kilometer di Gimje serta memusnahkan telur yang dihasilkan kawasan itu.
Korea Selatan mencatatkan tujuh kes maut virus H5N1 bagi tempoh November 2006 dan Mac 2007 serta sudah membelanjakan sejumlah AS$59 juta (RM188 juta) bagi langkah kuarantin. - Reuters

No comments
Post a Comment