Siapa Dr Masitah yang nak selamatkan Sufiah??

Oleh atiq

"Kita terkejut dengan laporan akhbar tentang sufiah...yang lebih terkejut YADIM dan Dr mashitah kalut semacam untuk menyelamatkan sufiah.. ya kita tak nafikan perlu di selamat sufiah..tp persoalan yang timbul kini..

1) kenapa tak nak selamat ribuan remaja islam di malaysia yang sedang gawat masalah sosial mereka sekarang ini? cuba lihat setiap ahad di KLCC di central market dan sebagainya... bahkan betapa ramai lagi yang sedang menjadi pelacur vvip di kalangan mahasiswi di malaysia ni..kenapa mesti kalut di sana???? 2) Tidakkah dahulu Dr mashitah pernah mengatakan melacur di benarkan kalau terdesak?? rujuk tulisan beliau di dalam harian metro.. kenapa mesti kalut??? beliaulah yang mengajar sufiah yang terdesak untuk melacur?? halalkan??? kamu akan bertanggungjawab diakhirat nanti.

Ini hanya untuk meraih populariti aje kan?? wahai tim menteri yang sedang hilang populariti!!! kamu yang perlu di selamatkan dahulu setelah agama di gadaikan....

Kempen ‘Selamatkan Sufiah’
KUALA LUMPUR 1 April – Kerajaan hari ini memulakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’ bagi mencari kaedah untuk membantu menyelamatkan gadis pintar matematik itu yang kini dilaporkan menjadi pekerja seks di Manchester, London.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi memberitahu kempen yang diketuai oleh timbalannya, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim diyakini dapat menyelesaikan segera masalah gadis itu.

‘‘Kita kasihan. Sufiah gadis bijak. Kita akan bincang cara menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Yadim di sini hari ini.

Hadir sama Dr. Mashitah dan Yang Dipertua Yadim, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.

Semalam, akhbar tempatan menyiarkan kisah malang gadis genius itu yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, yang dipetik daripada tabloid News of the World.

Tragedi itu didedah selepas wartawan terbabit menyamar sebagai pelanggan di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester.

"

No comments

Powered by Blogger.