Semoga Khalid Ibrahim tak politikkan FAS
Oleh andalusi
"Oleh Wahid Kasron
dipetik dari klpos.com
MALAM tadi Selangor melangkah masuk ke peringkat suku akhir Piala F.A 2008 setelah mengenepikan cabaran dari Perak di Stadium Shah Alam. Kemenangan bergaya 2-1 dihadapan hampir 25,000 penyokong telah turut disaksikan oleh MB yang baru, merangkap Presiden FAS, Yb Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim.
Jelas bahawa majlis ramah mesra dengan pemain disebelah pagi semalam yang bertempat di kediaman MB Selangor itu telah berjaya menyuntik semangat professional dimana anak anak buah Dollah Salleh menghadiahkan kemenangan buat boss baru mereka.
Petang semalam angin juga bertiup kencang bahawa ADUN Bukit Antarabangsa, Yb Azmin Ali yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim disebut sebut akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus pasukan bolasepak Selangor untuk menggantikan Datuk Satim Diman.
Malam tadi sewaktu berlangsungnya perlawanan antara Selangor - Perak, Azmin kelihatan hadir dan duduk sebelah kanan Tan Sri Khalid Ibrahim, ini menambahkan lagi kuatnya desas desus dan spekulasi bahawa Azmin Ali akan dilantik sebagai Pengurus Bolasepak Selangor?
Melihat gelagat Azmin, beliau tidak langsung segan silu melonjak kegirangan setiap kali pemain Selangor menjaringkan gol dan juga beberapa aksi aksi cemas yang hampir hampir menghasilkan gol, walaupun duduk di tempat "VVIP terrace".
Ada juga teman teman berbisik, " bersemangat sungguh Yb tu, minat juga beliau dengan bolasepak ya...". Kelakuan seperti itu adalah aksi aksi yang biasa oleh mana mana pengurus pasukan apabila meraikan saat saat kemenangan anak anak buahnya. Apakah yang dipamerkan oleh Azmin untuk membeli perhatian Khalid Ibrahim?
Di tempat duduk VVIP turut kelihatan duduk disebelah kiri Khalid Ibrahim, bekas pengurus Selangor tahun 2000, Datuk Mokhtar tetapi saya kurang ingat nama penuhnya, beliau digelar Datuk Mokhtar "rambut putih".
Datuk Mokhtar, seingat saya telah ambil alih jawatan ini daripada Datuk Aini Taib selepas tahun 1998. Nampak gaya dah ada dua tokoh sedang "melobi" untuk jawatan ini...?
Datuk Mokhtar sudah ada pengalaman berbanding Azmin Ali. Beliau juga bukan seorang wakil rakyat berbading Azmin Ali.
Sebagai wakil rakyat, apatah lagi mempunyai dua status Yb, iaitu Adun dan Ahli Parlimen, mampukah Azmin pikul tangunggjawab memimpin pasukan Selangor?
Tugas dan tanggungjawab sebagai pengurus pasukan yang memerlukan masa yang komited, dua perlawanan seminggu, setiap satu bermain di tempat lawan [away venue] sehinggakan ke Sabah, Sarawak dan Brunei.
Pengurus bolasepak yang perlukan individu yang boleh memahami kehendak anak anak buahnya sudah pasti perlu meluangkannya masa dengan mereka.
Saranan saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, jangan politikkan FAS. Saya amat kagum dengan tekad beliau mahukan perubahan mentadbir negeri Selangor. Maka dengan itu, tolong reform juga FAS.
Kembalikan zaman kegemilangan FAS ke era Mokhtar Dahari. Tak perlu teruskan budaya UMNO yang masih mahu turut campur urusan pembangunan sukan negeri dengan menempatkan tokoh tokoh politik untuk menguruskan FAS.
Bawa kembali ke persada bolasepak Selangor nama nama yang telah dan pernah curahkan sumbangan mereka. Lantiklah dikalangan bekas bekas pemain yang pernah mengagungkan bolasepak Selangor dan tanah air seperti Santokh Singh, Wong Choon Wah, Rajagopal, Redzuan Abdullah, Jamaluddin Norbit, Khadir Buyong, Dollah Salleh.
Untuk meneruskan musim 2008 yang tinggal separuh musim ini, saya syorkan agar Dollah Salleh diamanahkan sebagai Manager cum Coach. Keputusan ini lebih bijak!
Sekiranya musim ini berakhir dengan Dollah Salleh dan anak anak buahnya berjaya mengisi rak kabinet FAS dengan beberapa piala terutamanya Piala Malaysia, maka Tan Sri Khalid seharusnya secara rasmi lantik Dollah Salleh sebagai Pengurus FAS. Biralah keputusan melantik jurulatih diputuskan oleh Dollah Salleh, kita contohi Liga Perdana Inggeris.
Sekiranya ada hasrat Tan Sri Khalid libatkan Azmin, maka memadailah dengan melantik beliau sebagai pegawai kanan FAS untuk menjadi jambatan antara kerajaan negeri dengan persatuan bolasepak negeri Selangor.
Itupun rasanya bukanlah satu keputusan yang bijak sebab, Tan Sri Kahlid sendiri adalah Presiden FAS.
Tan Sri Khalid tak perlu teruskan budaya mempolitikkan FAS, sayangilah pembangunan sukan tempatan, bebas dari cengkaman politik.

No comments
Post a Comment