TV3 Jadi Medium Publisiti Murahan dan Saluran Berat Sebelah


Hakikat tv3 sebagai media pengampu kerajaan Barisan Nasional(BN) adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana rakyat Malaysia. Samada dari penyokong Pakatan Rakyat(PR), golongan atas pagar mahupun penyokong BN sendiri semua tahu bahawa cara pemberitaan dan penyiaran TV3 amat berat sebelah dan tidak langsung menunjukkan sikap profesional mereka sebagai sebuah stesen tv swasta.



Setiap hari apabila menonton berita, ada sahaja 'keburukan' parti lawan BN yang mahu mereka dedahkan. Sampaikan perkara kecil yang kita tidak pernah fikirkan sebagai suatu masalah pun mereka akan besar-besarkan untuk memberi imej negatif kepada parti lawan Barisan Nasional. Dan pada masa yang sama, stesen tv pengampu terkenal ini akan cuba sedaya upaya mereka untuk menutup kelemahan dan keburukan yang berlaku di dalam parti BN yang mereka bodek itu. Walaupun bau busuk itu sudah terlalu kuat, namun mereka akan sedaya upaya mereka mencuba untuk menipu rakyat. Itulah rendahnya kualiti pemberitaan yang dimiliki oleh stesen TV3.

Malang sekali kepada rakyat, tidak banyak pilihan lain sebagai sumber berita mereka kerana corak pemberitaan stesen tv lain pun tak jauh bezanya. Terutama stesen tv RTM. Ada yang mengaku sebagai penyalur maklumat yang tepat walhal semua penonton dah naik muak dan nak muntah menonton setiap propaganda murahan yang mereka tayangkan samada ketika berita ataupun diselang selikan antara rancangan yang ditayangkan.

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila menjelang musim pilihanraya. Semua parti lawan BN akan dihentam dari pelbagai sudut dan penjuru oleh stesen TV3 pengampu ini tanpa diberikan peluang untuk menjawab setiap tohmahan yang dilontarkan. Setiap kali satu-satu isu diulas, BN sahajalah yang baik dan parti lawan dikatakan kononnya penuh dengan kelemahan dan teruk. Tapi yang peliknya, tak pulak kita dapat melihat Tuan Guru Nik Aziz diberikan peluang untuk bersuara menjawab. Jauh sekali untuk mendengar ulasan dan hujah daripada Dato Seri Anwar Ibrahim bagi fitnah yang mereka canangkan. Yang kita lihat hanyalah beberapa kerat muka Prof. pro mereka dan pak menteri yang dah naik muak kita lihat wajah mereka setiap malam di kaca tv. Lebih menarik lagi apabila seorang menantu tu amat berkuasa dan mendapat publisiti yang banyak dari stesen TV3 pengampu BN ni. Walhal menantu orang tadi tidak ada pangkat sebagai menteri. Yang ada hanyalah sijil nikah dan beberapa pangkat hasil kemenangan tanpa bertanding yang suatu ketika dulunya pernah menerima sorakan 'Boo' dari para pengikut mereka sendiri.

Begitulah 'istimewa'nya demokrasi di Malaysia ini. Suara parti-parti yang mewakili rakyat(BR) seolah-olah dikunci dan tangan mereka terikat. Namun diajak juga untuk bertarung. Kononnya bertarung sebagai anak jantan. Sekali cabaran mereka disahut, rupanya mereka yang tewas dan tersembam di bumi.

TV3, propaganda murahan anda kepada Barisan Nasional setiap malam sebenarnya tidak lagi meninggalkan kesan seperti suatu ketika dulu. Kalau dulu, orang makin kagum dengan Barisan Nasional setiap kali stesen TV3 pengampu anda melancarkan perang saraf tetapi kini jauh berbeza kesannya. Kini, orang jadi muak dan nak muntah. Tidak kurang yang memberikan undi protes pada pilihanraya lepas sebab simpati kepada parti lawan dan disebabkan fenomena bosan kepada pemberitaan stesen-stesen tv pengampu seperti anda.

Yang jelas, rakyat bukan lagi sebodoh dahulu.

http://antitv3.blogspot.com/2008/03/tv3-jadi-medium-publisiti-murahan-dan.html

"

No comments

Powered by Blogger.