UMNO dah tak sayangkan Melayu ……

Oleh Visiaku

Mengambil petikan berikut “Adakan penyatuan Melayu jika sayangkan bangsa“ UM 14042008 ISNIN.

KESAN pilihan raya umum lima minggu lalu masih diperkatakan. Kemerosotan sokongan pengundi kepada parti politik Melayu khasnya UMNO menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan hak dan ketuanan Melayu.

Penyatuan Melayu wajar dilakukan segera sebelum ketuanan Melayu terus dihakis atau lenyap suatu hari nanti akibat sikap orang Melayu sendiri.


Ketuanan Melayu yang merangkumi hak-hak agama rasmi Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan kini dicabar secara terang-terangan.


Membaca tajuk petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 14 April 2008 , Isnin , memberi maksud yang lebih dalam dari yang sepatutnya dan juga mungkin akan menimbulkan persoalan – persoalan baru kepada orang – orang Melayu tentang ‘amanah’ yang pernah diserahkan kepada UMNO untuk menjaga ketuanan Melayu.
Maksud
Selama kurang lebih 50 tahun Melayu yang dikatakan bersatu dan dijaga ketuanannya oleh UMNO, telah gagal dipertahankan selepas PRU-12 lalu. Adakah betul begitu ?
Persoalaan
Di mana Melayu telah berada , sejak 50 tahun lepas ?
Di mana Melayu akan berada , selepas PRU – 12 lepas ?
Jawapan
Melayu , berada dalam UMNO , PAS dan PKR [ 1998 – 2008 ] , iaitu sebelum PRU-12
Melayu , masih berada dalam PAS , PKR dan UMNO , selepas PRU-12
Ulasan
Apa yang hendak dirunsingkan oleh UMNO ? sebenarnya UMNO tidak perlu bimbang , PAS dan PKR ada untuk menjaga Melayu. Melayu masih berada di Malaysia . Melayu tidak akan ke mana – mana. Ini lah tanah tumpah darahnya.
Siapa yang memberi kuasa kepada UMNO , sejak merdeka atau sebelumnya lagi , untuk menjaga Melayu dan orang-orangnya ?
Selepas PRU-12 , apa yang berlaku cuma komposisi Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR sahaja yang mungkin sudah berubah dari segi jumlah dan kadar peratusannya. Namun jumlah orang Melayu masih tetap , kekal sama , kecuali yang telah meninggal dunia.
Saya rasa ada baiknya , Melayu terus dikekalkan dalam PAS dan PKR , serta sebahagianya dalam UMNO, kecuali lain halnya sekiranya UMNO berpendapat andai ada Melayu dalam UMNO sudah tidak berminat untuk terus berada didalamnya , itu tidak boleh lah kita menghalangnya ATAU sekiranya UMNO berhasrat untuk dibubarkan. Itu terserah kepada UMNO untuk memikirkannya yang terbaik baginya.
Sekarang , kita rakyat Malaysia semua harus memberi peluang kepada UMNO membaiki kelemahan rumahnya , seperti mana yang dipohon oleh pimpinan tertingginya , baiki mana – mana tempat yang bocor , berlubang , pecah , reput , tanpal lah seelok-eloknya , cat dimana – mana perlu yang dah berkulat atau pudar warnanya, hiasilah rumah UMNO yang telah buruk itu dengan hiasan luaran dan yang lebih penting lagi ialah bahagian dalaman dengan hiasan yang lebih menarik , dan yang penting juga check dan semak tunjang , tonggak atau tiang serinya , masih jenis kayu batang nibung ke ? , tegakkan balik struktur utamanya ‘beam’ yang telah sengget itu. Tak tau lah samaada selepas diberi peluang untuk dibaiki , UMNO nantinya akan masih menarik , masih boleh ditegakkan beridiri kukuh , masih memikat orang – orang Melayu untuk bernaung dan berteduh di dalamnya ?
Kita kena tanya juga dengan Melayu yang telah berpindah ke dalam PAS dan PKR. Adakah mereka selesa dan bersetuju untuk mendiami rumah baru tersebut ? mungkin tengah menyesuaikan diri dengan rumah baru , banyak lah perkara hendak dibuat , rumah hendak dihiasi , susun atur dalamnya , kedudukan perabut , bunga , bilik tidur , bilik tamu dan sebagainya. Rasa – rasanya biarlah orang Melayu berseronok – seronok mendiami rumah baru ni, mengalami suasana baru ,
Ketuanan Melayu
Agama Islam. Selama 50 tahun amanah diberikan oleh orang – orang Melayu untuk menjaganya. Apa sudah jadi denganny ? adakah ianya menajdi bertambah subur dan diminati ? atau semakin ramai yang meninggalkannya ‘murtad’ ? nampaknya UMNO tidak emminati Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad saw . agama baru dicipta dan diamalkan , iaitu Islam Hadhari . dalam keadaan ini , bagaimana mungkin UMNO boleh dan masih mendakwa ingin menjaga ketuanan Melayu ? dasar munafik. Laknatullah
Bahasa Melayu. Begitu juga sejarah penubuhan UKM , awal tahun 70-an , bagi memperjuangkan Bahasa Melayu. Dek kerana mengejar kuasa , Melayu telah dibuangnya UMNO. Yang tinggal sekarang ini ialah Bahasa Malaysia . Sebegitu rupa Bahasa Melayu dikhianati , sehingga pengajaran subjek Sains dan Metamatik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Mundurnya Bahasa Melayu. Mana mungkin UMNO harus diberikan lagi peluang untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan juga menjaga orang – orang Melayu
Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan. Terbaharu ke bawah Duli – Duli Yang Maha Mulia sultan Terengganu dan juga Perlis serta Perak , dihina dan diperlakukan sedemikian rupa oleh UMNO , layakkah UMNO diebnarkan bercakap soal Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan ? bagaimana bekas Perdana Menteri telah melucutkan kuasa Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan ? dimana maruah UMNO , kiranya ada sehingga masih sanggup kononnya untuk menjaga Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan ?
Soalan
Adakah masih ada rakyat Malaysia masih ingin memberi kepercayaan kepada UMNO untuk menjaga ketuanan Melayu ? agama islam ? bahasa melayu ? raja – raja melayu sebagai raja berpelembagaan ? untuk 50 tahun akan datang ?

No comments

Powered by Blogger.