Umno Dihancurkan Presidennya sendiri


Sejarah Umno pasca merdeka akan menyerlahkan versi baru apabila sekumpulan 11 ahli Umno yang digelar kumpulan 11 telah berani muncul untuk memdedahkan perilaku `lahap kuasa` bekas presidennya, Tun Dr Mahathir walaupun hanya setelah 20 tahun berlalu.

Sekalipun ia bukan rahsia bagi sebahagian ahli Umno ketika itu namun dengan kehebatan luar biasa ( baca kelahapan kuasa ) Tun Dr Mahathir ketika itu mana mungkin ada ahli umno yang berani `berdecit` melainkan menikus.

Barangkali kebanyakan pemimpin Umno memang mempunyai salah laku dan ini memudahkan presiden Umno itu mengekang mereka dengan csra mengugut untuk mendedahkan kesalahan jika menentang beliau. Dr Mahathir memang mempunyai bakat mencipta kes untuk diketengahkan seperti yang dilakukannya kepada Anwar Ibrahim yang dilihatnya berpotensi menjatuhkan beliau ketika itu.

Selain Ds Anwar, begitulah sikap ahli parti Umno dimana mereka tidak ada keberania untuk menyanggah pemimpin sekalipun mereka berkeyakinan ketua meraka melakukan kesalahan. Dan sikap ahli parti itu mengakar-umbi sampai sekarang sehingga menjadi suatu budaya berpolitik mereka.

Kini Ketua kumpulan 11, Rahim Abdul Rahman, mendedahkan melalui Agendadail;y kes yang mereka bawa ke mahkamah itu dahulu hanya mahu Perhimpunan SAgong Umno diadakan semula bukannya UMno diharamkan.

Sebalinya kata bekas setiusa politik seorang Tiimbalan Menteri itu, Dr M dilihat yang mahukan UMNo terbubar bagi mengelak diadakan perhimpunan semula kerana tidak yakin memenangi pertandingan dengan Tengku Razleigh itu.

Nyatalah kerakusan Dr Mahathir dengan dibantu Setiausaha Agong ketika itu, Sanusi Junid ( Kan terserlah keakrabannya dgn Dr M sampai sekarang ) bertindak melampau sehingga sanggup pertubuhan yang dikatakan keramat oleh segelintir umat Melayu itu dimatikan.

Bagi saya, nyata umno yang ada kini adalah UMNO kepunyaan Dr Mahathir semata bukan Umno untuk orang Melayu apatah lagi terlihat kewujudannya hanya untuk `memboroikan` lagi kroni-kroni pemimpin Umno sahaja.

Umno sebenar yang mempunyai semangat Melayu sudah dikuburkan 20 tahun yang lalu.
Alfatihah...."

No comments

Powered by Blogger.