ahli parlimen BN yang 'BODOH'

TIMBALAN Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam menegur Ahli Parlimen kerana menggunakan perkataan tidak sopan dan bertikam lidah sesama mereka dalam persidangan semalam.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan sikap wakil rakyat sekarang yang agak berbeza dengan sebelum ini kerana tingkah laku mereka dianggap tidak sejajar dengan hasrat untuk menjadikan Parlimen kelas dunia.

"Kalau belajar lebih 20 tahun di universiti pun, masih tidak tahu bersidang, saya pun hairan. Saya ingin memuji Dr Teng Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) yang bangun untuk bertanya dan apabila saya panggil baru dia bercakap. Kita mahu menghala Parlimen menjadi kelas dunia tetapi kita balik ke belakang macam 'orang gua' (cave man)," katanya.


Beliau berkata demikian ketika cuba mengawal keadaan yang kecoh selepas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin tiba-tiba bangun sebelum soalan keempat, mempertikaikan soalan dalam sesi pertanyaan lisan yang kebanyakkan daripada Ahli Parlimen pembangkang.

Daripada tiga soalan awal, dua soalan adalah wakil pembangkang dan hanya soalan pertama dikemukakan wakil Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Bung Mokhtar itu mengundang kemarahan beberapa Ahli Parlimen pembangkang sehingga ada yang memanggil beliau 'bodoh'.

Wan Junaidi mencelah dan menasihatkan semua wakil rakyat supaya tidak menggunakan sebarang perkataan tidak sopan sambil menjelaskan bahawa ada hari soalan awal akan dimonopoli oleh wakil BN dan ada hari pula pembangkang.

Bagaiamanapun, nasihat Wan Junaidi itu seperti tidak dipedulikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang terus mencelah menuduh wakil pembangkang sebagai angkuh dan sombong.

No comments

Powered by Blogger.