Anwar serah 8 dokumen kepada BPR

Anwar serah 8 dokumen kepada BPR

21/07/2008 2:01pm

PUTRAJAYA 21 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

“Lapan dokumen telah saya serahkan kepada BPR. Saya juga berpuas hati kerana (pegawai) BPR mencatat semua maklumat dan keterangan yang saya berikan,” kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Beliau ditemui pemberita selepas memberi keterangan selama lebih tiga jam di Ibu Pejabat BPR di sini.

- Utusan

No comments

Powered by Blogger.