Apa ada pada UMNO?

Pas tidak harus meletakkan sebarang syarat bagi bermuzakarah jika parti itu benar-benar berminat untuk mengutamakan perpaduan umat Islam di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Pas juga tidak harus mengaitkan muzakarah dengan pelbagai perkara lain termasuk kononnya permintaan untuk bermuzakarah harus datang daripada akar umbi parti.

"Kalau hendak bincang, tak semestinya kita tetapkan syarat, yang penting sama ada kita ada keinginan atau fikirkan sesuatu langkah yang baik untuk kepentingan negara, maka kita boleh adakan perbincangan.... selanjutnya.
Itu kata Najib ....

Gua dah bilang ... sejak bila UMNO mahu berjuang untuk bangsa dan agama? PAS jangan tertipu. UMNO masih tak berubah. Masih terus mempunyai kepentingan. Kalau rakyat dah hilang keyakinan, biar kan mereka terumbang ambing sendirian. Tajuknya cantik, tapi UMNO terus bermuslihat. UMNO takkan balik ke pangkal jalan, tapi ajak orang lain jauh menyimpang. Takkan tak belajar lagi ..... Dulu dah kena, sekarang nak kena dan takkan nak terus kena.

Dengar kata TG NIK AZIZ .....

No comments

Powered by Blogger.