Apabila Najib Berkata Kehilangan Bala Tiada Kaitan Dengan Kerajaan

MENGAPA tiba-tiba Mohd Najib Razak mengatakan kerajaan tidak ada kaitan dengan kehilangan penyiasat persendiri P Balasubramanian? Siapakah yang sebelum ini mengaitkan kehilangan Bala dengan kerajaan?

Apabila Najib membuka mulut mengatakan demikian menyebabkan orang akan mula bertanya apakah kerajaan memang ada kaitan dengan kerajaan. Baik orang tidak berfikiran demikian dengan kenyataan Najib menyebabkan orang mula berfikir demikian.

Bahawa kehilangan Bala itu dilakukan kerana ingin menyelamatkan orang kerajaan terutamanya Najib yang dikaitkan secara langsung dalam akuan berkanun Bala?

Banyak hal misteri mengenai penyiasatan persendiri ini. Beliau hilang selepas membuat akuan berkanun kedua menafikan dua perkara penting dalam akuan berkanun pertama, iaitu mengenai Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada penasihat politiknya, Abdul Razak Baginda yang kini sedang berhadapan dengan tali gantung kerana dituduh membunuh Altantuya.

Seperkara lagi ialah mengenai akuan Bala yang mendakwa Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya. Kedua akuan itu tidak memeranjatkan kerana persepsi demikian sudah lama tersendak dalam kepada orang ramai. Akuan Bala itu mengesahkan lagi tanggapan itu.

Selepas membuat penafian itulah Bala tiba-tiba dilaporkan oleh anak saudaranya ia beliau telah hilang dan tidak dapat dikesan.

Dan kini menurut polis Bala sudah berjaya dikesan berada di negara jiran (Singapura) dan telah mengambil keterangan daripada Bala? Kenapa Bala ke Singapura tidak ke Indonesia, atau Thailand atau Filipina? Siapa yang membelanjakan pemergian Bala?

Kenyataan Najib menafikan kerajaan tidak ada kaitan dalam melindungi Bala itu telah mengheretkan minda orang ramai untuk lebih mempercayai bahawa kehilangan Bala ada kaitan dengan kerajaan.

Sebabnya, sebabnya, pendedahan Bala dan penarikan balik akuan bersumpahnnya itu memberi keuntungan kepada orang tertentu dalam kerajaan. Tidak mustahil orang berkenaan menggunakan kemudahan kerajaan seperti mana yang kerap dilakukan oleh orang-orang kerajaan yang terdesak sepertinya sebelum ini.

Jadi jangan rasa terkejut kalau selepas ini kesemua akuan bersumpah Bala itu dimansuhkan dan dianggap sampah. Bala pula tidak dikenakan apa-apa tindakan atas alasan kurang cukup bukti dan sebagainya. Kalau ini berlaku ia menambahkan lagi ketidakpercayaan orang ramai kepada pihak polis.
mso

No comments

Powered by Blogger.