Fitnah terbaru Barisan Nasional terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Kedah

Oleh Saiful Izham Ramli

 Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah memandang serius trend terbaru Barisan Nasional dalam memfitnah dan merekacipta cerita bagi memburuk-burukkan pentadbiran dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan mengelirukan rakyat selepas pilihanraya Umum kali ke 12 yang lalu.

Selepas drama fitnah ulangan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim kira-kira 2 minggu yang lalu, yang terbaru adalah fitnah terhadap Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang disiarkan di Bulletin Utama semalam (10-7-2008), yang dipetik dari laporan Bernama yang menyatakan kononnya Ustaz Azizan dan rombongan Menteri Besar Kedah menggunakan pesawat sewa khas bagi tujuan perjalanan rasmi kerajaan negeri.

Laporan yang mengelirukan itu cuba mengambarkan seolah-olah Ustaz Azizan mengamalkan kaedah pengurusan kewangan yang bermewah-mewah dan membazir dalam menguruskan amanah pentadbiran kerajaan negeri Kedah.


Tindakan terbaru Barisan Nasional yang semakin terdesak itu jelas cuba menghina istana dan Sultan Kedah, semata-mata untuk kepentingan politik sempit dan terdesak. Bulletin Utama gagal dan dengan sengaja tidak melaporkan juga bahawa rombongan tersebut bukanlah rombongan Menteri Besar, tetapi rombongan Diraja Kedah ke Brunei atas urusan istana Kedah.


AMK Kedah dengan ini mendesak syarikat Media Prima yang dikuasai oleh UMNO, melalui anak syarikatnya TV3 menyiarkan permohonan maaf secara jelas dan terbuka kepada Menteri Besar, kerajaan Kedah dan Tuanku Sultan dalam tempoh 7 hari dari hari ini, dan sekiranya mereka gagal berbuat demikian, AMK Kedah mendesak agar kerajaan negeri segera dan tegas bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap Media Prima dan TV3 agar perkara seperti ini tidak lagi berulang.


AMK Kedah juga merasakan bahawa laporan ini adalah cubaan untuk menutup segala kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Kedah di Barisan Nasional sebelum ini yang terlalu banyak membazir hingga menyebabkan Kedah menjadi antara negeri yang paling banyak berhutang kepada kerajaan Persekutuan.


Sekian


SAIFUL IZHAM RAMLI
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Kedah Darul Aman

No comments

Powered by Blogger.