Iran jalankan ujian peluru berpandu jarak jauh

An image grab from the Arabic-language Iranian TV station Al-Alam taken on July 9, 2008 shows a long range missile before it’s firing early today by Iran’s elite Revolutionary Guards at an undisclosed location in the Iranian desert. Al-Alam said that a Shahab-3 missile with a conventional warhead weighing one tonne and a 2,000 kilometre (1,240 mile) range, sufficient to put Israel within reach, was test fired today in the Islamic republic. The test firing, which also included the firing of several other missiles, comes at a time of growing tensions over the Iranian nuclear programme, which the West fears could be aimed at making an atomic bomb.Getty Images

A video grab from Al Alam television shows one of nine long- and medium-range missiles being fired during a test in Iran July 9, 2008. Iran test fired nine long- and medium-range missiles, including one which it has previously said could reach Israel and U.S. bases in the region, state media in Iran reported on Wednesday.Reuters Pictures

Iran jalankan ujian peluru berpandu jarak jauh

09/07/2008 6:37pm

.

TEHERAN 9 Julai – Pengawal Revolusi Iran hari ini menjalankan ujian peluru berpandu jarak jauh Shahab-3 yang boleh mengenai sasaran sejauh Israel dan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di rantau ini.

Stesen televisyen berbahasa Arab, Al-Alam melaporkan, peluru berpandu yang dilancarkan itu ialah “Shahab-3 dengan bahan peledak konvensional seberat satu tan dan jarak tembakan 2,000 kilometer.”

Ujian yang turut melibatkan pelancaran beberapa peluru berpandu lain itu dijalankan ketika ketegangan semakin meningkat dengan kuasa Barat berhubung program nuklear Iran.

Kesemua sekali sembilan peluru berpandu diuji, lapor stesen Press-TV.

Stesen itu menyiarkan gambar Shahab-3 dilancarkan dari satu lokasi padang pasir.

“Ujian itu untuk menunjukkan kekuatan tentera Iran di rantau ini ketika berdepan dengan ancaman daripada beberapa negara yang mengugut untuk menyerang kemudahan nuklear Iran,” kata pengacara Press-TV.

Seorang pembantu kanan kepada pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam memberi amaran, Iran akan “membakar” Israel dan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk sebagai tindak balas pertama terhadap sebarang serangan AS ke atas Iran. - AFP

http://www.utusan.com.my

No comments

Powered by Blogger.