Isu Minyak akan lebih panas sekiranya .......




Pada pandangan Kuda Trojan saya, isu kenaikan harga minyak sebenarnya dah mulai reda pada hari ini, walaubagaimana pun isu kenaikan harga minyak ini akan kembali hangat diperkatakan semula sekiranya Menteri Penerangan gagal dalam menerangkan strategi kerajaan menaikan harga minyak dalam debat malam ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Menteri Penerangan kerana berani dan ikhlas dalam memperjuangkan strategi jangka panjang kerajaan dalam menangani isu tersebut. Walaubagaimana pun, Kuda Trojan saya juga terharu dengan kesanggupan Menteri Penerangan menyerahkan kepada PM tentang kedudukan jawatan beliau sekiranya beliau gagal pada malam ini. Kuda Trojan saya juga mencadangkan kepada Menteri Penerangan supaya beliau meletak jawatan saja sekiranya gagal. Maka peluang Kuda Trojan saya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan Menteri Penerangan.

Walau apa pun, syabas diucapkan kepada Menteri Penerangan kerana membuka lembaran baru ke aras negara demokrasi yang lebih telus. Sama-samalah kita mengikuti rancangan debat pada malam ini.

No comments

Powered by Blogger.