Ketua Pemuda MIC masuk Pakatan?
Ketika negara sedang hangat membincangkan isu Anwar Ibrahim, timbul lagi satu lagi krisis. Ketua Pemuda MIC, SA Vigneswaran meninggalkan MIC yang dipimpin oleh Sammy Vellu. Lihat berita dari Malaysiakini dibawah:
Ketua Pemuda MIC keluar parti
Jun 29, 08 9:17pmKetua Pemuda MIC, SA Vigneswaran hari ini mengumumkan keluar dari parti, berkuatkuasa serta merta.
Katanya, memandangkan terdapat usaha yang kuat mendesaknya melepas jawatannya, maka beliau mengambil keputusan keluar dari parti
Beliau juga mencabar Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu supaya turut melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 30 tahun yang lalu.
Katanya, beliau tidak terlintas untuknya melepaskan jawatan sebelum tamat tempohnya, tetapi tegasnya, presiden MIC berpendapat sebaliknya.
Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Dewan Persatuan Hokkien di Klang hari ini.
Bekas setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan itu berkata, parti itu kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu berpunca daripada ’seorang individu’ yang gagal menangani keperluan mendesak masyarakatnya.
“Namun begitu, presiden mengumumkam beliau akan bertanding sepenggal lagi,” kata Vigneswaran.
Beliau memuji keputusan presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Timbalannya, Datuk Seri Chan Kong Choy untuk tidak mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan parti itu.
Bagaimanapun, katanya, perkara seumpama itu tidak akan berlaku pada presiden MIC.
‘Anak emas’
Vigneswaran, yang dipilih menerajui Pemuda MIC pada 2002 berkata, beliau nampaknya tidak lagi mempunyai asas sokongan politik yang kuat dalalm MIC.
Tanpanya, tambah Vigneswaran, wujud usaha untuk menyingkirkannya daripada terus memegang jawatan ketua Pemuda.
Jelasnya, jika beliau terus melawan usaha untuk menyingkirkannya daripada jawatan tersebut, ia tidak akan menguntungkan parti.
Vigneswaran, satu ketika dahulu, pernah menjadi ‘anak emas’ presiden MIC. Bagaimanapun keadaan berubah selepas beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu,
Vigneswaran tewas dengan majoriti lebih 20,000 - yang terbesar di kalangan calon-calon MIC yang lain.
Beliau dilihat semakin dipinggirkan apabila Samy memperkenalkan langkah-langka pembaharuan dalam selepas kekalahan teruk parti tersebut.
Dan ia sampai ke kemuncaknya apabila Samy mengumumkan Vigneswaran harus melepaskan jawatan ketua Pemuda kerana usianya telah melebihi 40 tahun.
Vigneswaran, 42, sebelum ini enggan berbuat demikian atas alasan beliau dipilih oleh perwakilan dan akan terus memegang jawatan tersebut sehingga tempoh perkhidmatanya tamat tahun depan.
Khabar angin yang sedang bertiup kencang sekarang ialah bekas Ketua Pemuda MIC tersebut akan menyertai Pakatan Rakyat dalam jangkamasa terdekat ini. Akan tetapi, sehingga kini, masih belum ada pengesahan mengenai perkara ini.
No comments
Post a Comment