lebih baik ali ketam senyap...

APABILA Naib Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam membuka mulut, mengatakan sudah wujud perubahan pandangan daripada parti pembangkang itu (PAS) dalam mencari persefahaman demi kepentingan Melayu dan umat Islam di negara ini, menunjukkan dia tidak tahu sejarah PAS sebenarnya.

Kenyataan ini dibuat Mohd Ali yang juga Ketua Menteri (KM) Melaka, selepas merasmikan persidangan tahunan berkelompok cawangan Umno Bahagian Bukit Katil, di Melaka.

Di kalangan pemimpin Umno, Mohd Ali lah satu-satunya pemimpin yang dilihat 'mahu memusuhi PAS' dengan mengeluarkan arahan suatu ketika dahulu, melarang 'orang Melaka' melawat Kelantan yang diperintah PAS.

Namun, 'sekali air bah, sekali pantai berubah'. Apabila Presiden Umno yang juga Perdana Menteri (PM) sendiri menyambut baik hasrat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk 'bertemu dan bermuzakarah' banyak pihak di dalam Umno, nampaknya positif walaupun mereka seperti teraba-raba di dalam gelap.

seterusnya....

No comments

Powered by Blogger.