Lepas segera, tidak perlu tunggu 2010– Nik Aziz

Lepas segera, tidak perlu tunggu – Nik Aziz

11/07/2008 3:50pm

KOTA BHARU 11 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu segera melepaskan jawatannya dan tidak sepatutnya menunggu sehingga dua tahun lagi untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu sedar bahawa punca utama mengapa beliau terdorong menyerahkan jawatan adalah kerana rakyat tidak lagi mengharapkannya untuk memimpin negara.

“Lepas-lepas selalulah (terus), kenapa nak tunggu, tak payah tunggu lagi.

“Dia perlu sedar kenapa dia kena lepas jawatan, mestilah sebab orang dah tidak seronok dengan dia, jadi tunggu apa lagi,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah pagi di Dataran Ilmu di sini hari ini.- Utusan.

http://www.utusan.com.my

No comments

Powered by Blogger.