Isu khutbah: Zahid panggil Pengarah JAKIM Ramai yang lahirkan rasa tidak puas hati kerana isi kandungan khutbah itu seolah-olah memihak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan.
"Saya telah memanggil pengarah JAKIM yang bertanggungjawab meluluskan teks khutbah Jumaat," jelas Zahid.
Beliau juga telah diberitahu tentang teks khutbah bertajuk 'Budaya fitnah mengundang bala bencana' itu, di mana terdapat satu perenggan yang menyentuh bab 'qazaf.'
"Khutbah itu berniat untuk meminta jemaah agar tidak melakukan fitnah secara umum. namun isi kandungan khutbah itu seolah-olah memihak kepada seseorang. Khutbah minggu depan akan membuat penjelasan tentang isu ini yang akan turut menyentuh mengenai qazaf, mubahalah (sumpah laknat) dan li'an," kata Zahid lagi
"Saya telah mengarahkan agar khutbah minggu depan tidak memihak kepada mana-mana tetapi menyentuh tentang hukum dan sumber-sumber hukum yang sahih seperti yang terdapat dalam nas, ijmak Ulamak and Qias," katanya. - Mstar
No comments
Post a Comment