Negara Arab kurang yakin kewibawaan pemimpin Umno
BESUT, 9 Julai (Hrkh) - Kini bukan sekadar rakyat tempatan yang semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin Umno, malah pemimpin negara-negara Timur Tengah juga berpandangan serupa.
Pada pendapat mereka, pemimpin Umno kini hanya menjadi bahan ketawa rakyat tempatan kerana terbabit dengan banyak skandal dan masalah moral.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nashruddin Mat Isa berkata, keruntuhan akhlak yang sering berlingkar di kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan nilai kepercayaan rakyat terhadap mereka semakin menurun.
Ekoran itu kata beliau, banyak pihak kini menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang sehingga sekarang bersih terhadap sebarang masalah peribadi dan skandal.
�Dua orang timbalan menteri ketika menemui saya di parlimen baru-baru ini meluahkan perkara itu. Malah mereka melahirkan rasa hairan mengapa pemimpin Melayu beragama Islam boleh terlibat dengan gejala keruntuhan moral.
�Saya awalnya terasa malu untuk menjawab pertanyaan mereka kerana ia menyentuh pemimpin Islam, sedangkan agama menegah perbuatan tidak bermoral,� katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Besut di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, baru-baru ini.
Nasharuddin yang juga anggota parlimen Bachok berkata, keruntuhan akhlak yang membelit pemimpin Umno menyebabkan orang bukan Melayu lebih percayakan pemimpin yang berpegang kepada nilai agama.
Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Datuk Hussein Awang mengakui kekalahan teruk PAS pada pilihan raya umum lalu berpunca daripada rasuah politik melalui pembelian undi yang dilakukan pemimpin Umno. .
Beliau berkata, pemimpin parti tersebut membeli undi kerana mereka mempunyai banyak wang.
Kesemua tiga kawasan Dun di Parlimen Besut gagal dimenangi PAS iaitu Dun Kuala Besut, Dun Jertih dan Dun Hulu Besut, manakala Dun Kota Putera ditandingi calon KeADILan.
Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap pengundi di Besut yang diangapnya masih cetek pengetahuan tentang agama sehingga sanggup menerima rasuah politik.
�Kita juga tidak ada upaya yang cukup untuk mengawal pengundi sebab kita tidak berjaya mencapai tahap yang kita target ketika mendaftar pengundi baru,� katanya.
Oleh itu beliau berkata, bagi mempastikan PAS kembali memenangi kerusi di Parlimen Besut, pemimpin PAS perlu memperkasakan parti di peringkat cawangan dengan menambah ahli baru. - mj _
No comments
Post a Comment