Nilai cukai RM149,000

KOTA BHARU - Bahagian Penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kelantan berjaya merampas 2,096 karton rokok kretek dan rokok putih bernilai RM21,800 serta menahan seorang lelaki berumur 28 tahun dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Ixora, Kadok di sini semalam.

Pengarahnya, Azis Yacob berkata, rampasan tersebut dilakukan oleh 10 orang anggotanya pada jam 12.45 tengah hari hasil daripada maklumat orang awam.

“Kesemua rokok dengan nilai cukai import yang bernilai RM149,000 itu telah dibawa ke pejabat Kastam di sini untuk siasatan selanjutnya,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan lelaki yang ditahan itu akan didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 yang boleh didenda sehingga 20 kali nilai barang atau dipenjara sehingga lima tahun.

Azis berkata, lelaki yang ditahan itu dibebas selepas mengambil keterangan berhubung rampasan itu dan akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

Menurutnya lagi, rokok tersebut dipercayai digunakan untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

No comments

Powered by Blogger.