PAS:awas taktik UMNO yang nak mati

Oleh ulitmayang

"
 Apa itu STRATEGI SERAMPANG DUA MATA YANG DIGUNAKAN OLEH UMNO , SEKARANG INI

Dalam kenyataan akhbar , 20 Julai 2008 , Pak Lah menyatakan sudah 3 kali pertemuan atau muzakarah dibuat diantara "PAS" dan "UMNO"

[...... kalau boleh,,,,baca lah sampai tamat , ada informasi pentingt dalam ni , cari yang tersirat daripada yang tersurat , walaupun mungkin ada yang perasan , tetapi dalam banyak hal kita terlepas pandang .....]



OBJEKTIF

Pakatan Rakyat , merupakan musuh nombor 1 UMNO/BN , maka dengan itu fungsi dan peranan BAHAGIAN PERISIKAN dan PERANG SARAF UMNO/BN ialah ;-
  • Melumpuhkan Pakatan Rakyat
  • Memikat dan menawan PAS , dengan slogan Melayu dan Islam
  • Menghancurkan PKR , dengan fitnah Liwat 2 DSAI
SERAMPANG DUA MATA , PERTAMA : MEMIKAT DAN MENAWAN PAS


Ini dibuat dengan ;-
  • Melancarkan SLOGAN PERMUAFAKATAN MELAYU
  • Mencadangkan MUZAKARAH antara UMNO dan PAS
  • Mencadangkan PAS menyertai BN
  • Mencadangkan pergabungan PAS dan UMNO
MUZAKARAH

UMNO , melalui risikan – risikan yang dibuat , mengemuka dan mencadangkan beberapa kaedah yang praktikal dan boleh berkesan , iaitu melalui STRATEGI SERAMPANG DUA MATA , PERTAMA dengan MEMIKAT PAS.

Maaf , sekiranya PAS tidak mengetahuinya. Tulisan ini hanya untuk rakyat Malaysia yang lain

  • PAS , sebagai musuh utama politik UMNO , sangat diketahui kekuatan dan kelemahannya
  • Kelemahan yang paling utama ialah , soal Melayu dan Islam
  • Asas agama , yang kuat , setelah tarbiah , usrah dan dakwah yang berterusan , berjaya membina kekuatan dalaman yang hebat , jatidiri dan intergriti yang tulin di semua lapisan pengurusan parti dan ahli.
  • Permainan soal kehendak agama , berkaitan dengan dakwah dan muzakarah , adalah pendekatan dan kaedah yang paling berjaya , yang dirumuskan dan dipersetujui oleh semua pimpinan UMNO , yang boleh menjerat , memerangkap dan menjerut seluruh sIstem PAS.
  • Sebenarnya niat untuk bermuzakarah ialah untuk memecahkan Pakatan Rakyat
  • Dengan menyelinap masuk ke dalam system PAS, ia dapat mempengaruhi menerusi kaedah – kaedah permuafakatan dengan beberapa golongan sasaran dalam PAS , khususnya saf pemimpinan pemuda , yang boleh dikatakan berdarah muda , bernafsu , aggresif dan agak kurang pengalaman , kemahiran dan pengetahuan.
  • Salah satu pendekatan yang telah dan sedang dibuat ialah dengan memperalatkan secara halus golongan – golongan ini , khususnya pemuda dan , ahli – ahli paru yang memegang jawatan di pringkat cawangan ,dan bahagian
  • Golongan ini akan didedahkan dengan pelbagai kaedah perang psikologi , seperti kemunduran Melayu , kekalutan islam , kedudukan PAS yang terpinggir dalam Pakatan Rakyat dan lain lain.
  • Akhirnya akan ada dari kumpulan ini yang membuat kenyataan – kenyataan yang berbau kekecewaan , kerisauan dan kemarahan , tentang ketidakadilan layanan oleh ahli – ahli komponen lain di antara satu sama lain ,
  • Inilah seperti yang sedang kedengaran sekarang ini , di Selangor khususnya iaitu negeri sasaran nombor satu , Kedah , Pulau Pinang , dan Perak.
  • Alhamdulillah Kelantan terselamat kali ini , sebab UMNO sudah penat dan letih untuk terus menghentamnya
  • Akhirnya , pihak yang satu lagi , dalam Pakatan Rakyat sekiranya melulu menerima semua ulasan , kritikan dan kenyataan – kenyataan daripada PAS , juga membuat kenyataan – kenyataan balas , yang juga akan menguris hati dan perasaan PAS
  • Atau pun , khabar – khabar angin tentang kesahihan muzakarah ini , sedikit sebanyak telah pun menimbulkan kecurigaan di kalangan ahli – ahli PKR dan DAP
  • Malah yang lebih parah ialah rasa kecil hati , tertipu , dipermainkan oleh PAS , dikalangan mereka yang tidak menjadi ahli mana – mana parti , tetapi telah memberikan sokongan dan undi yang besar kepada Pakatan Rakyat , PRU-12 lalu.
  • Akhirnya , sekiranya pimpinan – pimpinan tertinggi PAS , PKR dan DAP , tiba – tiba menjadi pendik akal , dunggu , seperti di pukau , kurang cerdik , IQ nya lemah masa itu , dah terpengaruh dengan mainan media UMNO/BN, maka apa akan jadi selepas itu , Pakatan Rakyat akan menjadi bertambah longgar, ,walaupun di tengah - tengah pernyataan – pernyataan oleh pimpinan tertinggi , yang menyatakan PAS tetap setia dengan Pakatan Rakyat
  • UMNO tahu , PAS tidak akan berjaya dipecahkan , dulu , kini dan selamanya, kerana gerak kerja , tarbiah dan usrah yang kukuh , jitu dan kuat di peringkat akar umbi , mustahil mampu memecahkan PAS. Sejarah telah mematangkan PAS . Sejarah telah mengajar PAS
  • UMNO tahu , yang PAS tidak tahu , walaupun kita diajar tidak menaruh sangkaan buruk , iaitu antara tujuan – tujuan sebenar idea MUZAKARAH ini ialah untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat , dan sekiranya berjaya , apa maknanya Pakatan Rakyat lagi dengan hanya PKR dan DAP sahaja di dalamnya,
  • Juga untuk menjauhkan sokongan orang ramai yang tidak berparti terhadap Pakatan Rakyat , sekiranya PAS belot dengan bersongkol dengan UMNO
  • Begitu juga lah apa maknanya bagi PAS , sekiranya sudah bersama dengan UMNO dalam BN ?
  • atau , apakah maknanya bagi PAS , sekiranya berjaya dikeluarkan dari Pakatan Rakyat , dan PR mati ketika itu , dan bersama UMNO kembali , dan seterusnya berlaku lagi TRAGEDI 1978 , dan PAS kembali menjadi dagang membawa risalah islam.
  • PAS , seperti lazimnya akan teruskan perjuangan dakwah dan menganggap semuanya itu adalah ujian dan takdir semata – mata dalam mematangkan perjuangan dalam menyebarkan risalah islam
  • Sedarlah , PAS dengan cawangan merata seluruh pelusuk negara , satu kekuatan kepada PAKATAN RAKYAT.
  • Dengan keluarnya PAS , dari Pakatan Rakyat , misi dan visi serta objektif utama UMNO , iaitu menerusi SERAMPANG DUA MATA PERTAMA nya dikira berjaya
  • UMNO akan kembali pulih dengan pecahnya Pakatan Rakyat
  • Untuk menghadapi cabaran dari PAS , itu perkara mudah. Kelemahan dan kekuatan PAS berada dalam tangan UMNO.
UMNO

- kenapa umno dan khir toyo MENGGILA BABI [ maaf , bahasa asal terpaksa digunakan , walaupun ada yang cuba- cuba guna bahasa halus , MENGGILA KHIINZIR , kononnnya bagi menjaga hati orang orang UMNO ]menghentam Pakatan Rakyat di Selangor , berkaitan dengan industri babi dan lain – lainnya ? Adakah itu sifat UMNO yang kerjanya menyondol apa saja , sama seperti babi yang 24 jam sehari menyondol kebun – kebun pisang ?

- juga , kenapa umno dan anuar musa , shazmi miah , dll MENGGILA BABI [ maaf , bahasa asal terpaksa digunakan , walaupun ada yang cuba- cuba guna bahasa halus , MENGGILA KHIINZIR , kononnnya bagi menjaga hati orang orang UMNO ] menghentam Pakatan Rakyat , berkiatan dengan industri agro di Loging dan lain – lainnya ? Adakah itu sifat UMNO yang kerjanya menyondol apa saja , sama seperti babi yang 24 jam sehari menyondol kebun – kebun pisang ?

-
juga , kenapa umno dan tajul ghazali , dll MENGGILA BABI [ maaf , bahasa asal terpaksa digunakan , walaupun ada yang cuba- cuba guna bahasa halus , MENGGILA KHIINZIR , kononnnya bagi menjaga hati orang orang UMNO ] menghentam Pakatan Rakyat , berkiatan dengan konspirati PERJANJIAN PANGKOR II dan lain – lainnya ? Adakah itu sifat UMNO yang kerjanya menyondol apa saja , sama seperti babi yang 24 jam sehari menyondol kebun – kebun pisang ?

-
Apakata , dan bagaimana akhirnya jika UMNO menawarkan tiga pilihan untuk PAS , iaitu BUBAR UMNO , MASUK PAS atau BUBAR PAS MASUK UMNO ?

ADAKAH INI SALAH SATU STRATEGI UTAMA UMNO UNTUK MEMIKAT DAN MENAWAN PAS , DIDALAM SERAMPANG DUA MATA PERTAMANYA ?
  • Ada beberapa items nak ditulis di sini , khususnya untuk saf pimpinan pemuda pas dan ahli – ahli pas serta lain – lain
  • kepada semua ahli pas [ khususnya saf pemuda ] , Adakah dalam pengetahuan atau tidak , iaitu adanya rombongan saf pemuda pas , bersama pemuda umno [ BAHAGIAN PERANG SARAF & PERISIKAN ] dll , yang ditaja sepenuhnya , makan minum , hotel , tambang dll ke luar negara , menyertai rombongan , yang katanya untuk melihat kesengsaraan , kemelaratan , kedaifan , kemunduran orang - orang melayu , di suatu negara tertentu , guna bagi meracuni pemikiran saf pimpinan pas , supaya menyetujui kepada peperluan mesti adanya muzakarah pas dan umno , kerana difikirkan golongan pemuda [ maaf , meminjam kata - kata dan teguran TGNA ke atas sdr ezam , katanya EZAM BARU SETAHUN JAGUNG DALAM POLITIK , BIARLAH DIA BELAJAR POLITIK DULU , TAK PERLU MENASIHAT ATAU MENGAJAR PAS] , adalah baru beberapa hari dalam pas atau masuk pas , mudah dipengaruhi , maklumlah ilmu tidaklah sebanyak mana , pengetahuan masih tohor , pengalaman sekelumit Cuma ? Dan motif terakhirnya atau dengan nokhtah akirnya, ialah supaya pas dan umno bergabung , atau pas dipelawa dan dikehendaki masuk barisan nasional /bn [ seperti kata ruangan pengarang , berita harian , 18 julai 2008 , jumaat......sila baca dan mentalaah ]. Apa motifnya ? Apa muslihatnya ? Adakah ini merupakan SERAMPANG DUA MATA PERTAMA UMNO ?
  • boleh atau tidak sdr sekalian namakan siapakah saf pimpinan pemuda pas yang turut serta dalam rombongan itu. boleh namakan ?
  • adakah ini bermakna umno , melalui bahagian perisikan dan perang saraf nya telah berjaya menyelinap masuk ke dalam saf pimpinan pemuda pas ?
  • adakah ianya sama , seperti mana umno menerusi bahagian perisikan dan perang saraf berjaya memasuki pkr , hingga ke tepi ketua umum nya , dengan menggunakan sdr saiful bukhari azlan ? Adakah ini merupakah SERAMPANG DUA MATA KEDUA UMNO ?
  • saudara ada atau tidak sedikit saja [ tak perlu banyak...................] , bahawa pakatan rakyat akan pecah juga , dengan cara memikat pas dan menghancurkan pkr , menerusi serampang dua mata ini ? Akhirnya PAS akan kembali dagang ,berseorangan sama seperti dagangnya islam kembali.
  • adakah sdr telah membaca, mengkaji , mentelaah , membuat R&D , satu tajuk artikel TIADA RUNDINGAN PAS DAN UMNO , SUBKI ABDUL LATIF dalam ruangan TERKENANG SEMASA LALU , keluaran SIASAH bil 0106 , bertarikh 13 -19 julai 2008 , ms 45 ?. Mengambil manfaat , iktibar , pengajaran, pedoman dan panduan sekiranya ada ?
  • Atau , agaknya seluruh pimpinan PAS , sudah sembuh sepenuhnya akibat dipatuk ular tahun 1978 dulu , maklumkan telah diberikan ubat yang berkualiti, parutnya sudah hilang kan [ ? ]. Mungkin Cuma TGNA , yang masih belum pulih sepenuhnya akibat patukan ular 1978 tersebut , jadi masih terasa sakitnya ?
  • 13 tahun lama Nabi berdakwah dan BERMUZAKARAH dengan kaum kafir Quraish di Mekah , akhirnya 10 tahun di Madinah, tidak bermakna pilhan Nabi atas arahan Allah supaya BERHIJRAH itu salah. Kenapa tidak diteruskan saja di Mekah , bukan kah Mekah itu akhirnya Kiblat seluruh umat islam ?
  • Eloklah PAS berhijrah ke Pakatan Rakyat , BERMUZAKARAH lah secukup cukupnya dnegan PKR dan DAP. Tunaikan amanah , tumpukan tugas untuk bermuzakarah dalam Pakatan Rakyat tu dulu. InsyaAllah.

[ kalau jumpa , ok lah , alhamdulillah lah]

SERAMPANG DUA MATA , KEDUA : FITNAH LIWAT 2 , DSAI

OBJEKTIF
  • Asakan yang berterusan dan bertubi – tubi masih gagal melemahkan PKR dan seluruh kepimpinan nya
  • Sebaliknya yang berlaku , PKR makin diminati dan berduyung – duyung rakyat Malaysia mengisi borang keahliannya dan yang terbaharu khabarnya Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , memberikan gambaran untuk menyertainya. Kenyataan akhbar 20 Julai pula mengesahkan beliau akan menyertai PKR bersama - sama sejumlah pengikutnya.
  • Barangkali , PKR yang sebahagian besar dari pimpinannya dan ahli adalah berasal dari UMNO , yang tahu susur galur , kaedah dan pendekatan UMNO , berjaya menangani dengan agak baik setakat ini.
  • UMNO terpaksa mengambil pendekatan lebih keras , seperti KONSPIRASI LIWAT 2 , dan perlu di’apply’kan segera , seperti yang terjadi sekarang , bagi menghalang peralihan kuasa daripada UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat.
  • Walaubagaimana pun , kaedah ini telah menjadi sebaliknya , ianya gagal menghancurkan PKR atau DSAI, setakat hari ini.

DAP , MANGSA SETERUSNYA ?
  • Kenapa UMNO/BN tidak mengusik dan meghalakan serangan kepada DAP ?
  • PRU-12, hampir seluruh kaum Cina bersama DAP
  • MCA hancur
  • GERAKAN berkubur
  • Begitulah politik cerdik dan celik politik di kalangan orang – orang Cina
  • Kaum Cina bersama – sama DAP
  • Kaum Cina memberikan undi kepada PAS dan juga PKR. Hasilnya , hampir kesemua kerusi yang dimenangi PAS dan PKR di Pantai Barat , Pulau Pinang , Kedah , Perak dan Selangor , adalah kerana undi kaum Cina [ dan India ]
  • Ini berbeza dengan Politik orang – orang Melayu , ianya kalah dan tunduk dengan 5 Kg gula , 2 kampit beras , 1 helai kain pelikat , 1 surah yasin , RM50.00 , 1 botol minyak masak , 1 tin Milo 2.5 kg. Itulah harga politik Melayu hampir di seluruh negara , khususnya di desa. Dengan kekuatan ini , dan pelaburan ini , UMNO terus menjadi pilihan orang – orang Melayu. Nak buat macam mana !!!!!!
  • Di Terengganu , ada tambahan sedikit , dengan elaun RM300.00 sekali dalam 5 tahun , duit ehsan berjaya mengikat orang – orang Melayu dengan UMNO.
  • Kecuali di Kelantan , inilah Melayu yang cerdik dalam berpolitik
  • Manakala , kelemahan orang – orang Melayu dalam PAS [ INI YANG TELAH DIKAJI DENGAN PENUH TELITI OLEH BAHAGIAN PERANG SARAF UMNO DAN JUGA PERISIKANNYA ] , ialah soal agama.
  • Ia pasti akan setuju , tanpa banyak soal , tanpa perlu membuat kajian , penyelidikan atau sekurang – kurangnya melihat sejarah silam , seperti dalam soal MUZAKARAH ini , menerima dengan penuh minat dan bersungguh – sungguh.
  • Alhamdulillah , PAS sudah berjaya ditawan

[ [ TIDAK MAHU GUNA PERKATAAN PERANGKAP , JERANGKAP , JERAT , yang agak kasar bahasanya , dan sensitif serta tidak dipersetujui ramai ]



RUMUSAN
  • Kenyataan – kenyataan yang disiarkan media , CADANGAN , RAYUAN , PERMINTAAN dan DESAKAN yang dibuat oleh hampir seluruh pimpinan tertinggi UMNO , dari Presiden , Timbalan Presiden , Setiausaha Agung , Ketua Penerangan , Ketua Pemuda , Naib – naib Presiden , Ahli – ahli Majlis Tertinggi , Alhamdulillah TIDAK BERJAYA serta GAGAL menimbulkan sebarang SANGKAAN BURUK di kalangan pimpinan tertinggi PAS , terhadap apa yang TERSIRAT disebalik yang TERSURAT , akan naiwaitu sebenar UMNO.
  • PAS masih percaya UMNO adalah jujur dalam hal ini , untuk berbincang soal kepentingan Melayu dan Islam , walaupun dalam masa yang sama , tangan kanan MEMEGANG SKRIP FAIL LIWAT 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membunuh karier politiknya , manakala tangan kiri menghulurkan persahabatan kepada PAS , salah sebuah rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat , kecuali TGNA yang melahirkan ragu – ragu , kalau – kalau TRAGEDI 1978 berulang kembali
  • Apa maknanya persahabatan ini ?
Dengan berjayanya projek serampang dua mata UMNO ini , perancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya , akan GAGAL !!!!!!!!!!!!!

Hak kita
  • Ambillah dan berikan sedikit peranan , peliharalah Pakatan Rakyat ini . Berilah sokongan.
  • Untuk itu , jaga dan bajai lah sungguh – sungguh komponen di dalam nya , PAS , PKR dan DAP
  • Kata orang , kalaulah kita tak ada apa – apa senjata , hatta terpaksa gunakan gigi , gigit lah musuh , sekuat – kuatnya , walaupun , musuh bersenjatakan sub-mesingun di tangan.
  • Kita rakyat marhaen , tak punya apa – apa , semuanya telah dirampas oleh kerajaan zalim UMNO/BN.
  • Cuma , berbekalkan keyakinan dan harapan serta izin Allah , InsyaAllah kita akan berarak ke Putrajaya sedikit masa lagi , menyambut kehadiran Perdana Menteri baru.

No comments

Powered by Blogger.