polis anjing kerajaan bn
DIPERIKSA KETAT... Polis meneruskan pemeriksaan ketat di kawasan bangunan Parlimen sejak awal pagi tadi.
Langkah itu menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara sejak awal lagi dan dijangka berterusan sehingga lewat malam ini.
Polis mengadakan pemeriksaan ketat Lembah Klang sejak petang kelmarin dengan mengadakan sekatan jalan di kebanyakan jalan dan lebuh raya. Langkah itu diambil ekoran desas-desus bahawa kemungkinan diadakan perarakan atau perhimpunan di ibu negara hari ini.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat supaya tidak membawa tetamu mereka ke kawasan Parlimen seperti yang dibenarkan sebelum ini ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat menganjurkan perhimpunan yang dimaksudkan polis hari ini. Katanya, Pakatan Rakyat tidak pernah memutuskan untuk mengaturkan program seumpama dan tindakan mengaitkan nama beliau dan pakatan itu adalah satu fitnah dan mengalahgunakan proses perundangan.
Khamis lalu, Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memfailkan usul tergempar tidak percaya Perdana Menteri. Jika diterima, usul itu, yang difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) and 18(2), akan didengar dan diputuskan menjelang pukul 11.30 pagi ini.
Kapsyen:
KESESAKAN lalu lintas di sepanjang jalan menuju ke Kuala Lumpur yang berlaku pada awal pagi ini.
No comments
Post a Comment