POLIS BANGANG!
Ditanya kemungkinan pihak polis menggunakan menggunakan ruang perundangan yang ada untuk mendapatkan contoh DNA Anwar, Ismail berkata:
“Polis mungkin akan meggunakan ruang perundangan seperti mahkamah untuk mendapatkan DNA suspek.
"Kemungkinan perkara itu berlaku akan diputuskan sebaik sahaja polis melengkapkan siasatan," kata Ismail.
Menurut beliau, pegawai penyiasat polis menahan Anwar mengikut prosedur biasa penyiasatan dengan merakamkan keterangan daripada suspek (Anwar) dan pemeriksaan kesihatan di HKL.
“Dalam siasatan ini pegawai penyiasat telah meminta sampel darah Anwar untuk menjalankan ujian DNA. Malangnya, Datuk Seri Anwar enggan bekerjasama dengan pihak polis untuk memberi sampel darah yang diminta.
“Saya difahamkan di hospital juga Anwar enggan bekerjasama dengan doktor terbabit untuk mendapatkan sampel darah beliau,” kata Ismail dalam satu sidang media kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini
No comments
Post a Comment