Presiden PAS bertambah baik,tidak membimbangkan

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Keadaan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam akibat mengalami lemah jantung, kini dilaporkan stabil.

Menurut laporan Bernama Setiausaha Akhbarnya Roslan Shahir berkata,kesihatan Abdul Hadi hari ini menunjukkan keadaan beliau bertambah baik dan tidak membimbangkan.

"Kesihatannya tidak lagi berada pada tahap yang membimbangkan. Beliau sudah minta daripada doktor untuk keluar (dari IJN) dan balik ke Terengganu tetapi doktor belum lagi beri keputusan berhubung perkara itu.

"Dalam tempoh dua hari lagi mungkin beliau dapat balik semula ke Terengganu dan akan dirujuk ke Hospital Besar Kuala Terengganu jika perlu," katanya ketika dihubungi di sini.

Roslan berkata jadual kerja yang padat adalah antara punca Abdul Hadi dimasukkan ke IJN.

Presiden PAS dimasukkan ke IJN pada kira-kira pukul 2 petang semalam selepas beliau mengadu kurang sihat ketika mempengerusikan mesyuarat di Ibu Pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini.

Pada malam Sabtu lepas Abdul Hadi berceramah di Alor Setar, Kedah sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat berkenaan. -

semoga tok guru sihat walafiat...sama2 kita doakan....takbir!!!!

No comments

Powered by Blogger.