sama kita menilai

KEPUTUSAN PENTING... Selepas empat bulan pilihan raya umum ke-12 diadakan dan ketika tinggal seminggu lagi cawangan-cawangan mula mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing, Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuaratnya di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur petang ini. Taklimat Presiden juga diadakan.

Kedua-dua pertemuan ini menyaksikan pengumuman mengenai peralihan kuasa kepimpinan membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Abdullah akan menyerahkann kuasa sepenuhnya pada Jun 2010 dan pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden masih terbuka pada pemilihan Disember ini.

Kapsyen:

ABDULLAH Ahmad Badawi (kanan) bersama Mohd. Najib Tun Razak pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur petang tadi. - foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

No comments

Powered by Blogger.