Stop segera belajar sains, matematik dalam bahasa inggeris. Tolonglah anak-anak melayu yang terpinggir ini

Saya bukan nak tulis tentang isu hebat-hebat yang orang bercakap sekarang. Saya nak timbulkan hal yang saya rasa amat penting dan kritikal bagi saya dan keluarga.

Saya ada anak saudara yang akan masuk periksa UPSR tak berapa lama lagi. Dia adalah anak kepada abang sulung saya. memang dia lemah dalam semua subjek, tetapi lebih-lebihlah lemahnya dalam pelajaran sains, yang diajar dalam bahasa Inggeris.

Abang saya minta juga saya tengok-tengokkan pelajaran anak saya itu. Saya perhatikan memang dia cukup lemah. Dia hampir tak faham langsung istilah-istilah sains dalam bahasa Inggeris. Emak bapaknya juga lagi-lagilah tak faham langsung. Saya yang tahu sikit-sikit ini pun tak tahu macam mana nak tunjuk ajar anak saudara saya itu.

kasihan dia. Dia tak semangat langsung dalam belek buku sains. Kalau disuruh juga dia buat-buat tunjuk minat jawab soalan, tapi saya tahu dia cukup menyampah dengan pelajaran yang langsung dia tak tahu apa-apa itu.

Saya bukan nak pertahan kemalasannya tapi saya cukup marah dan kecewa, hanya kerana dia tak tahu bahsa inggeris maka dia dinafikan hak untuk belajar subjek yang cukup penting, iaitu sains. Mengapa dia perlu dihukum hanya kerana masalah bahasa?

Saya desak ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya serius sikit dengan masalah belajar dalam bahasa inggeris. lawan-lawanlah serius sikit, jangan perjudikan anak bangsa kita yang sudahpun lemah dalam matematik dan sains ini, selain corot dalam bahasa inggeris.

Lawanlah, pastikanlah ia berakhir tahun ini juga. Memang kita dah habis duit banyak tapi yang lebih penting ialah nasib masa depan anak-anak kita yang lemah itu. Budak2 pandai memang boleh jawab dalam apa bahasa sekalipun, tapi tanggungjawab kerajaan adalah untuk mengangkat martabat rakyat yang serba daif ini.


bapa malang

No comments

Powered by Blogger.