Syed Hamid Albar Minta Maaf.... KELAKAR KELAKAR

"Syed Hamid minta maaf kesesakan teruk akibat sekatan polis .....


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini memohon maaf kepada rakyat berikutan sekatan jalan raya yang dibuat polis menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk pagi tadi.

Beliau berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil polis berikutan maklumat yang diterima polis bahawa satu perhimpunan bagi menyokong usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri akan diadakan di pekarangan Parlimen.

Beliau menegaskan tindakan polis itu dibuat atas dasar menjaga keselamatan orang awam.

"Keputusan itu (mengadakan sekatan jalan raya) dibuat kerana banyak kenyataan dibuat untuk mengajak orang ramai mengadakan demonstrasi di Parlimen dan kita mempunyai banyak bukti menunjukkan apa yang dilakukan itu memang menganggu gugat ketenteraman awam.

"Tindakan polis ini juga tiada kena mengena dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia semata-mata kerana keselamatan orang awam kerana apa yang mereka mahu ialah keselamatan mereka terjamin bukannya demonstrasi atau gangguan dalam urusan harian mereka," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau berkata kerajaan ada bukti mengenai cadangan perhimpunan besar-besaran di Parlimen, termasuk menerusi SMS, internet serta risikan.

................................................................
KELAKAR ...KELAKAR

1. Masa bila pulak ada perhimpunan, tahu kat mana ? Hebat punya risikan ... KELAKAR KELAKAR

2. Kalau setakat SMS nakal, kenapa nak percaya....Ohh macam isu dakwat pilihanraya ker, dengar cerita terus bertindak.. KELAKAR KELAKAR.

3. Yang takut sangat dengan Anwar Ibrahim ini apa pasal ? Sampai ambil perintah mahkamah, cepat betul polis buat kerja.... Padahal Anwar sendiri pun tak tahu perhimpunan apa. KELAKAR KELAKAR

4. Apa kaitannya sekatan jalanraya seluruh semenanjung Malaysia, dari Perlis sampai ke Johor, sampai ke Terengganu, sampai ke Kelantan.... Nak cari siapa ? Nak Tahan sapa ? KELAKAR KELAKAR

5. Kesesakan lalu lintas... Hamid Albar tak cukup dengan mintak maaf, patut polis tahan setiap orang, kasi RM 50 sebuah kereta, motosikal RM 10....baru memadai, jalan sesak, minyak naik, bukan duit bapak dia punya keluar... KELAKAR KELAKAR

6. "Tindakan polis ini juga tiada kena mengena dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia semata-mata kerana keselamatan orang awam kerana apa yang mereka mahu ialah keselamatan..... KELAKAR KELAKAR, Kata tiada kaitan dengan Anwar tapi jelas perintah mahkamah itu ada tertulis nama Anwar.... GUA TAK FAHAM, TAKKAN MENTERI PUN BODOH.... KELAKAR KELAKAR



(berita harian online)http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20080714165310/Article/index_html
"

No comments

Powered by Blogger.