Syed Hamid: Anwar tidak berhak diberi layanan istimewa

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah seseorang yang istimewa sehingga perlu diberi layanan khas dan terkecuali daripada tindakan undang-undang.

"Yang sebenarnya Anwar ini diberikan banyak peluang, kerana laporannya itu, Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) telah membuat kenyataan di Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Takkanlah Anwar mesti menjadi anak istimewa terkecuali dari peraturan dan undang-undang, tidak boleh," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kegagalan Anwar untuk hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur walaupun telah berjanji untuk hadir pada pukul 2 petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat pembantunya.

seterusnya....

tanya khabar la jugak dengan bapak2 menteri tu....

No comments

Powered by Blogger.