Tangkap Anwar di Parlimen: Perintah mahkamah cabul doktrin pengasingan kuasa!

PERINTAH mahkamah yang diperolehi polis bagi menghalang Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke parlimen hari ini, jelas melanggar perlembagaan kerana telah mencabul doktrin pengasingan kuasa dalam memohon dan mengeluarkan perintah menghalang Anwar itu.

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari hairan dan berasa aneh bagaimana mahkamah boleh memberi perintah tersebut kepada pihak polis. Ini adalah kali ketiga polis mendapat perintah tersebut, ujarnya ketika diminta mengulas mengenai perintah mahkamah yang diperolehi polis bagi membolehkan mereka menangkap Anwar jika beliau menghampiri kawasan parlimen itu.

Perintah menghalang Anwar tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh mahkamah majisteret secara ex-parte, yakni permohonan sebelah pihak. Beliau menyifatkan tindakan polis itu menunjukkan betapa mereka tertekan dan tidak mampu berbuat apa-apa.

seterusnya...

No comments

Powered by Blogger.