Tidak mengejutkan jika Speaker tolak usul - Salahuddin
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - PAS berpendapat mereka tidak hairan sekiranya Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pendikar Amin Mulia menolak usul tidak percaya kepada Perdana Menteri pada hari Isnin ini, kata Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub.
Tambahan pula, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, usul tersebut sebenarnya bukan usul undi tidak percaya tetapi adalah usul biasa iaitu usul perkara 18(1) usul tergempar.
"Sebenarnya saya membaca dengan teliti dan usul itu bukan usul tidak percaya kerana usul yang dibawa itu adalah usul di bawah perkara 18(1) usul tergempar yang berbunyi "bahawa dewan mengambil satu ketetapan tidakpercayaan ke atas Perdana Menteri dan menteri kabinetnya yang gagal melaksanakan tanggungjawab dan urus tadbir pemerintahan negara kita," katanya ketika mengulas dakwaan bahawa ada suara-suara yang mengatakan bahawa usul tersebut akan ditolak oleh speaker di parlimen pada hari Isnin ini.
No comments
Post a Comment