Tindakan polis dipertahan

PETALING JAYA 14 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan tindakan polis mengadakan sekatan jalan raya di ibu negara hari ini hingga berlaku kesesakan yang amat teruk kerana ia bertujuan memastikan keselamatan rakyat dan negara terjamin.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, rancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengadakan demonstrasi haram di pekarangan bangunan Parlimen, yang sepatutnya diselar kerana ia telah menyebabkan kesusahan kepada orang ramai.

Beliau menegaskan, polis tiada pilihan selain terpaksa bertindak dengan mengadakan sekatan jalan raya supaya demonstrasi jalanan itu tidak berlaku.

"Bukankah demonstrasi ini boleh menyebabkan banyak kesusahan berlaku? Cuba kita lihat hari ini, disebabkan mereka, rakyat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

seterunya....

pak lah ni suka salahkan orang je......benda yang kecik dia besarkan....kalau nak berhimpin tak sampai 20 oarang...tak kan la wat tindakan macam ni????????????

No comments

Powered by Blogger.