Umno Biasa Tak Solat Masuk Neraka

Oleh Jundullah-PASJB

" Umno dan juak-juaknya cukup takut dan rimas kalau bincang soal solat, malangnya pengikut mazhab sesat Umno ni ramai yang Islam tapi Islam setakat namanya sahaja.

Cadangan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat untuk menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon wakil rakyat serta jawatan politik kini dipersoalkan oleh ramai pihak.

Sepatutnya kita sebagai orang Islam menerimanya dengan berlapang dada dan bersyukur kerana masih ada lagi pemimpin yang berfikir solat ini adalah agenda negara.

Presiden Cuepacs, Omar Osman yang mempertikaikan cadangan kerajaan PAS Kelantan ini dilihat sebagai kenyataan yang membuta tuli hanya kerana berpegang dengan pandangan sekular sebagai penjawat awam yang sayangkan Umno yang sudahpun lama berpegang dengan agama lain politik lain.

Benarkah cadangan ini mengetepikan hak kaum lain ataupun sekadar gimik murahan dari kakitangan kerajaan yang tidak faham apa itu keadilan Islam. Perlu diingatkan disini cadangan kerajaan Kelantan ini mengambil kira majoriti penjawat awam yang rata-ratanya melayu beragama Islam.

Makanya wajarlah persoalan solat menjadi syarat untuk sebarang kenaikan dan menjadi nilai tambah kepada prestasi penjawat awam itu sendiri. Sepatutnya bila disebut sahaja soal solat orang Islam tidak bermasalah untuk menerimanya sedangkan inilah kewajipan yang Allah tentukan kepada setiap muslim yang mengaku beriman kepada rukun iman dan Islam.

Solat bukan sahaja mendidik rohani dan disiplin diri setiap umatnya tetapi menjadi benteng untuk mendidik masyarakat agar bersifat amanah, tidak salah laku dan sebagainya.

Presiden Cuepacs, Omar Osman tidak pernah bertanya kepada kerajaan Kelantan bagaimana sistem ini akan dijalankan dan diaplikasikan sedangkan tuduhan yang mengatakan cadangan itu hanya individu beragama Islam boleh mendapat kerja dan kenaikan pangkat adalah fitnah terlarang yang sepatutnya tidak keluar dari mulut pemimpin kesatuan sekerja yang beragama Islam.

Masalah penguatkuasaan dan mekanisma untuk memastikan kakitangan itu solat atau tidak adalah perkara daulah dan kuasa yang baiknya diserahkan kepada alim ulama dan tidak timbul soal kekeliruan yang boleh menyukarkan pihak kerajaan.

Pengamal undang-undang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik, berkata langkah berkenaan cukup baik tetapi tidak praktikal kerana masyarakat majmuk di negara ini sementara ketua pembangkang di DUN Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, berkata walaupun cadangan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu sesuatu yang baik, pelaksanaannya akan sukar..

Itulah dia wajah Umno yang sebenarnya, tidak pernah berpijak dibumi yang nyata. Benarkah kaum bukan Islam akan diketepikan sedangkan kerajaan negeri Kelantan belumpun sebut soal kaum lain.

Masalah paling besar sekarang ini ialah Umno tidak takut dosa pahala sedangkan mereka semakin berani masuk neraka.....

Layari : http://pasjohorbahru.com/


"

No comments

Powered by Blogger.