ADAKAH PAS LAWAN MELAYU?

CN
PAS FOR ALL

Sebelum kebangkitan era kepimpinan ulamak dalam Pas pada awal 80an, Pas bercakap lebih Melayu dari Umno. Kelahiran ulamak muda dari Rusila, Terengganu dengan ucapan dan hujah mengapa Pas menentang asobiyyah Melayu telah menarik ribuan anak muda menyokong Pas. Disinilah bermulanya Pas disinonimkan dengan harakah islamiah, bukan sekadar parti politik biasa sahaja.

Dari sinilah bermulanya kebangkitan Hj Hadi dalam Pas. Seingat saya Hj Hadi pernah menjadi exco Dewan Pemuda Pas Pusat, dimana ketuanya ialah Hj Mustafa Ali. Selepas itu beliau memanjat tangga kepimpinan Pas sebagai Naib Presiden, Timbalan Presiden dan kini sebagai Presiden Pas.

Melalui Hj Hadilah, ahli Pas dididik melihat sesuatu isu dan permasalahan dari kacamata Islam, jauh dari sentimen Melayu. Bahkan pernah ada satu kenyataan darinya bahawa Pas mahu menghapuskan Hak Istimewa Melayu jika Pas memerintah Malaysia telah menimbulkan polimek di dalam dan luar Pas.

Sebenarnya Hj Hadi telah mendahului masa apabila bercakap konsep keadilan Islam untuk semua. Hanya selepas 28 tahun, barulah kumpulan bukan Islam mulai percaya dengan konsep keterbukaan Pas terhadap bukan Islam. Ketika Pilhanraya 8 Mac 2008 di Gemencheh, alangkah peliknya saya apabila mendapati seorang India yang minum arak menyokong Pas terang-terangan. Sebaliknya seorang anggota NGO Islam yang istiqamah berwirid al matshurat setiap hari mengangkat bendera BN pula. Oh Tuhan, fahamilah akan daku.

Tepukan gemuruh apabila Hj Hadi mengulas konsep pembelaan Islam kepada golongan bukan Islam ketika membahaskan Bajet 2009 di parlimen baru-baru ini. Baca di sini.


No comments

Powered by Blogger.