apa kes main ugut je
JOHOR BAHRU: Sembilan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengancam meletakkan jawatan jika mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian terbabit yang diadakan minggu lalu tidak diadakan semula.
Jurucakap ahli jawatankuasa terbabit, Faisal Supada, berkata cara pengiraan undi bagi pertandingan dan pencalonan jawatan pada mesyuarat terbabit dijalankan secara tidak telus dan melanggar peraturan parti.
“Aduan rasmi sudah dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin Badan Perhubungan Umno Johor dan kami meminta supaya mereka mengarahkan supaya mesyuarat perwakilan itu diadakan semula.”
“Jika mesyuarat perwakilan tidak diadakan semula, kami akan meletak jawatan,” katanya yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Kangkar Pulai di sini, hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan perwakilan tidak berpuas hati dengan proses pengiraan undi oleh pasukan penyelaras mesyuarat dari Pemuda Umno Bahagian Pulai yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Abdullah Yusof, yang dilakukan di dalam bilik hotel tanpa sebarang pengawasan daripada wakil calon.
“Bukan sahaja pengiraan undi dilakukan secara rahsia di dalam bilik hotel, tetapi apa yang memeranjatkan kami adalah ia (undi) dikira di atas katil bilik berkenaan,” katanya.
Faisal turut mempersoalkan tempoh lima jam yang diambil oleh pasukan penyelaras diketuai oleh Abdullah untuk mengira undi yang dilakukan oleh 146 perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah.
Proses pengiraan undi sepatutnya diadakan secara telus di hadapan para perwakilan dan wakil calon, katanya sambil menambah, Abdullah juga didakwa bersikap kasar terhadap anggota perwakilan Pemuda Bahagian.
Ketua Pemuda Umno Pulai itu, katanya, turut meninggalkan persidangan secara tergesa-gesa sejurus selepas Pengerusi Tetap Umno Bahagian mengumumkan keputusan pengundian dan pencalonan tanpa mengendahkan bantahan oleh perwakilan.
Malam tadi, kira-kira 100 anggota Pemuda Umno Bahagian hadir pada satu majlis untuk menyatakan sokongan kepada Faisal dan sembilan anggota jawatankuasa Pemuda bahagian itu.
Media minggu lalu melaporan kekecohan yang berlaku pada mesyuarat Pemuda Umno bahagian terbabit, berikutan ketidakpuashati perwakilan terhadap keputusan pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian dan pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda pusat. - Bernama

No comments
Post a Comment