BPR...aku dah agak...~malaysiakini

Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata siasatannya mendapati tiada berlaku unsur-unsur rasuah dalam penganjuran kejohanan kapal layar bertaraf dunia Piala Monsun di Terengganu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kejohanan ini," kata Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya BPR di Pusat Konvensyen Putrajaya hari ini.

"Ini kejohanan bertaraf dunia, (jika berlaku rasuah) ia bukan sahaja menjejaskan Terengganu, tetapi juga Malaysia," tambahnya.

monsoon cup terengganuPemuda PAS dan PKR telah membuat laporan kepada BPR mengenai penganjuran sukan berprestij itu pada 29 Julai lalu.

Mereka membuat laporan tersebut susulan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang meminta badan itu menyiasat dua projek mega - Piala Monson dan Masjid Kristal.

Piala Monsun mula diadakan pada 2006 semasa kerajaan negeri ditadbir menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, anjuran syarikat T-Best Sdn Bhd.

Sebanyak 42.9 peratus saham T-Best dimiliki oleh TDM Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, manakala 57.1 peratus lagi milik syarikat swasta, Prestasi Wangi Sdn. Bhd.

T-Best mempunyai hak penganjuran Piala Monsun selama lapan tahun bermula 2006.

Kejohanan Piala Monsun bagi tahun ini akan diadakan pada 4 hingga 7 Disember depan.

Sementara itu, Ahmad Said juga ditanya sama ada beliau telah menerima salinan surat Kapten (B) Datuk Zahar Hashim berhubung kontroversi pemberian tender kepada Eurocopter untuk membekalkan pesawat pengganti helikopter Nuri yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterMengikut surat Zahar, beliau turut menghantar salinannya kepada perdana menteri, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketua pengarah BPR, dan ketua pengarah Biro Pengaduan Awam.

Ahmad Said berkata, beliau belum lagi menerima surat tersebut serta tiada laporan dibuat mengenai kontroversi tersebut setakat ini.

"Saya belum tengok lagi (surat mengenai) perkara tersebut...

"Biarlah PAC menjalankan siasatan terlebih dahulu...," katanya.



sapa la yang p repot ni? aku tahu dah kalau BPR buat kerja...mesti bagus punya..caya la BPR..semua pegawai kerajaan dan UMNO tak makan rasua..

No comments

Powered by Blogger.