CERITA SEDIH ANAK TAHANAN ISA~MALAYSIAKINI

SUHAIB PMR HARI INI....

Malam tadi Suhaib tidur cepat. Sewaktu mengemaskan meja studinya, saya terpandang dompet beliau.Saya tak perasan, ada dua keping gambar yang diambil pada akhir 2001, diletakkan di dompet itu sebelah menyebelah.Gambar yang agak lusuh ini di gam supaya tidak dapat dikeluarkan dari dompet itu.


Sewaktu bapanya ditahan dibawah ISA pada 2002, Suhaib dalam darjah 3. Kini, Suhaib dalam Tingkatan 3 dan sedang menduduki PMR. Saya tidak meletakkan sasaran "straight A" padanya, namun selama 6 tahun ini, saya sentiasa berdoa semoga beliau membesar dengan "emotional quotion' yang normal.Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan perkembangan dirinya dan bersyukur guru-guru dan kawan-kawan sekelas amat memahami situasi dirinya.

Saya tidak ada pengalaman membesar tanpa bapa selama 6 tahun lebih sebagaimana yang sedang dialami Suhaib. Dalam kes ini, bapa Suhaib masih hidup, tapi sejak berusia 9 tahun hingga masuk alam remaja, beliau tidak mendapat didikan,belaian kasih-sayang dan bimbingan yang sewajarnya dari seorang ayah.Perpisahan ini memang menyakitkan.

Kesihan Suhaib....Jika bapanya sudah meninggal dunia, mungkin lain ceritanya.Realitinya, bapa beliau masih hidup , tetapi dalam keadaan yang tidak normal. Setiap bulan berkunjung ke Kem Kamunting, berhadapan dengan birokrasi Kem Tahanan, bercakap melalui interkom yang dipisahkan cermin lutsinar, semua ini memberi "mental torture" yang berlarutan pada jiwa muda itu.

Sebelum subuh tadi ,beliau bangun seperti biasa menunaikan solat tahajjud dan memohon dipermudahkan dalam urusannya hari ini.Hanya doa kiriman abahnya saja menjadi teman sebagai persediaan untuk memasuki dewan peperiksaan hari ini.

Suhaib adalah satu contoh mangsa keganasan manusia lain dizaman moden ini.Masih ada ramai lagi anak-anak dan remaja yang nasib mereka sama dengan Suhaib.Mereka menjadi mangsa kepada satu akta ciptaan manusia yang kesannya sangat zalim dan tiada perikemanusiaan langsung.Ada anak tahanan ISA, walaupun bapa mereka telah dibebaskan dan anak-anak itu telah memasuki pengajian tinggi, namun kesan "mental torture" itu masih teguh berakar umbi dalam diri mereka...

Hari ini, Suhaib sedang di belenggu oleh akta ISA ini , esok lusa belum tentu siapa pula yang akan di jadikan mangsanya...

Adakah kita masih redha dengan pemimpin yang masih berpegang pada kejahatan ini???

dolah...hang nak suruh keluarga ISA ni p buat kecoh baru hang boleh faham? otak menteri hang tu dok kat na?kepala lutut baik samakan dengan sekor yang makan rumput...tuhan bagi akal hang tolong la guna dengan baik.....ppuuuuuiiihhhhhh....

No comments

Powered by Blogger.