daulat tuanku....lalukan la sesuatu perubahan

KUALA TERENGGANU 15 Okt. – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini dipengerusikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Laksamana Tunku Naqui yuddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sabah yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat hari kedua di Istana Maziah, esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Petang ini, Yang di-Pertuan Agong bersama Sultan dan Yang Dipertua Negeri, serta permaisuri-permaisuri dijadual melawat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man dan pada sebelah malam pula akan berlangsung Majlis Santapan Negeri di Wisma Darul Iman. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.