GERAKAN keluar la.....tak guna ugut lagi

KUALA LUMPUR 12 Okt. — Parti Gerakan Rakyat Malaysia tidak akan “dalam apa cara sekali pun” menyertai pembangkang sungguhpun jika parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Gerakan Selangor dan Anggota Jawatankuasa Pusat parti, A. Kohilan Pillay hari ini.

Beliau berkata, Gerakan sedang meneliti segala kemungkinan, termasuk menjadi sebuah entiti bebas, namun menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.

``Apa jua keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti, ia mesti diterima dengan sebulat suara oleh akar umbi.

`Perkara ini membabitkan status serta masa depan kami dan ia akan ditangani dengan sebaik-baiknya. Kami tidak mahu menjadi sebuah lagi SAPP (Parti Maju Sabah) atau MDP (Parti Demokratik Malaysia, serpihan daripada DAP), apabila keputusan penting telah mengakibatkan perpecahan dalam parti,” katanya kepada pemberita di luar persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan di sini.

Selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac, Gerakan mendapati banyak anggotanya berhenti atau menyertai pembangkang, dan ini meletakkan tekanan yang amat berat kepada pemimpin parti supaya mengambil tindakan drastik demi kebaikan parti. - BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.