kejar yob kejar...~malaysiakini

5.10 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-60 daripada bahagian Jasin Melaka, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

4.35 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-59 daripada bahagian Indera Mahkota, Pahang, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

bm version umno youth candidate nominations 1710083.55 pm Khairy mendapat pencalonan ke-33 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Jerantut, Pahang. Manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

3.50 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-32 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Pensiangan, Sabah yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

3.15 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-31 dari bahagian Tanjong, Pulau Pinang, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib.

3.13 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan ke-26 dari bahagian Serdang, Selangor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

2.45 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan ke-25 dari bahagian Batu di Wilayah Persekutuan yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

2.40 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-58 dari bahagian Muar untuk jawatan ketua Pemuda. Bahagian itu juga turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib. Razali kini mendapat 57 pencalonan.

2.30 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan yang ke-57 dari bahagian Pulai, Johor yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

1.30 pm Pencalonan bagi jawatan utama pergerakan Pemuda Umno berterusan hari ini apabila Pemuda Libaran, Sandakan yang bermesyuarat hari ini, mencalonkan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda dan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

Berikutan itu, Khairy kini mendapat 30 pencalonan manakala Reezal memperolehi 44 pencalonan.

Seorang lagi calon Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir mengumpulkan 56 pencalonan sehingga semalam, manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mengumpulkan 55 pencalonan.

Seorang lagi calon ketua Pemuda, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sehingga ini mengumpulkan 24 pencalonan.

No comments

Powered by Blogger.