Keputusan Kes Altantunya Akan Diumumkan~malaysiakini
Hujah ini dikuatkan lagi dengan sikap Sirul dan Azilah yang senantiasa mengelak dari diambil gambar oleh media sejak awal beliau ditahan dan didakwa lagi. Semua ini menjurus ke arah pembebasan kerana itulah imej dirinya dielakkan. Ini membolehkan beliau dapat hidup bebas selepas dibebaskan nanti. Bahkan, tidak ada rakyat Malaysia yang akan kenal diri mereka biarpun jasandnya berada bersebelahan dengan kita. Maka itu mereka akan dapat bebas bergerak seperti biasa tanpa ada sebarang sekatan. Hujah ini amat "konkrit", melihat kepada penghujung perbicaraan Altantunya, pihak peguambela sudah menunjukkan banyak keraguan terhadap tertuduh. Bukankah ini satu skrip biasa yang direka untuk memberi gambaran yang mereka tidak bersalah nanti.
Jika mereka tidakk bersalah, siapakah yang akan dipersalahkan?. Masih ingatkah kita kepada kes Noritta Shamsuddin, pragawati sensasi yang dibunuh kejam dulu?. Dalam kes itu, tertuduh Hanif Basree telah dibebaskan setelah terdapat prima facie yang beliau tidak bersalah membunuh Norrita. Mahkamah memutuskan "terdapat dua lembaga misteri yang tidak dikenal pasti" telah membunuh pragawati itu. Masalahnya, hingga sekarang lembaga itu masih belum dikenalpasti dan didedahkan kepada umum. Akhirnya kes itu ditutup begitu sahaja tanpa sebarang hukuman kepada pesalah sebenar. Terkadang kita pun naik hairan dengan "profesionalisme" penyiasatan polis dalam kes ini. Kes berprofail tinggi yang akhirnya tiada kesudahannya. Hingga rakyat mula tertanya-tanya siapakah yang bersalah. Bahkan ada yang mengaitkan nama-nama pemimpin tertinggi terlibat dalam kes ini.
Maka, bagaimanakah Sirul, Azilah dan Razak Baginda boleh terlepas?. Kesnya adalah sama, kemungkinan mereka akan dibebaskan atas fakta "melenyapkan mayat". Ini bermakna mereka melakukan kerja "Bom" bukan tujuan membunuh, tetapi sebaliknya melenyapkan mayat. Ini bermakna mayat sudah dibunuh dan mati ketika mereka melakukanya. Maka dalam pertuduhan mahkamah mereka dituduh "membunuh", bila pertuduhan ini dibacakan sekali lagi maka "melenyapkan mayat" bukanlah dikategorikan membunuh orang yang bernyawa. Melenyapkan mayat banyak cara, bagi orang Islam dikebumikan, bagi orang India di bakar serta macam-macam lagi caranya. Maka mereka bertiga pasti dituduh melenyapkan mayat cuma caranya mereka meletupkan dengan "bom C4". Maka itu mereka tidak boleh dituduh dan harus dibebaskan. Soalnya siapakah yang membunuh?. Itu persoalan lain, samalah dalam kes Noritta sehingga ke hari ini masih belum terjawab. Mungkin juga mahkamah akan merumuskan terdapat "lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh Altantunya". Bukankah ini satu alasan logik untuk membolehkan semua tertuduh dilepaskan.

No comments
Post a Comment