mat taib akan laungkan azan di masjid negara minggu depan?~malaysiakini

ni tajuk yang aku syorkan kepada jakim sebab

mat taib sekarang dah insaf... dia ingin nak imarahkan masjid..

dam mungkin banyak lagi tabung akan ditubuhkan.

ahlan wasalam mat.....saje bagi bahasa arab...takut bi dia tak faham...


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib mahu orang Melayu terutamanya di Selangor memberi sokongan padu kepada objektif penubuhan Tabung Azan yang dicetuskan oleh Umno bahagian Cheras, awal minggu ini.

Katanya, penubuhan Tabung Azan itu juga bukan bertujuan politik, sebaliknya bagi mengagungkan laungan azan secara lebih berkesan serta ia merupakan usaha murni dalam membantu masjid dan surau membeli peralatan pembesar suara dan keperluan lain yang berkaitan.

"Mengumandangkan azan adalah adalah satu perkara yang rapat dengan hati umat Islam dan orang Melayu.

umno supreme council special meeting 260809 muhammad mohd taib"Marilah kita sama-sama memperkasakan perpaduan Melayu dan kedaulatan agama Islam kerana hanya dengan cara itu, Umno dan orang Melayu boleh kukuh dan maju di bawah naungan ajaran Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Bernama, beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai mengulas kenyataan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang mendakwa kononnya Tabung Azan itu bermotifkan politik.

Beliau berkata tabung itu merupakan usaha murni dalam menentukan surau dan masjid dapat dilengkapi dengan peralatan pembesar suara azan yang lebih baik dan pada masa yang sama membela akhbar Utusan Malaysia yang menghadapi saman RM30 juta oleh Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok kerana akhbar itu merupakan wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. selanjutnya.....

No comments

Powered by Blogger.