nala...nala..na...la..la..~malaysiakini

Pengarah syarikat saman Nalakaruppan RM10j

GEORGETOWN: Seorang pengarah syarikat memfailkan saman malu RM10 juta terhadap Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Datuk S

Nallakaruppan berhubung laporan polis yang dibuatNYA ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 21 Ogos lalu yang didakwanya palsu.

Saman yang dikemukakan L Balasupramaniyam itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini oleh peguam yang mewakilinya R S N Rayer.

Dalam pernyataan tuntutannya, Balasupramaniyam berkata, laporan yang dibuat di balai polis Seberang Jaya itu menuduhnya dan beberapa yang lain membuat ancaman dan ugutan terhadap Nallakaruppan dan beberapa pekerjanya di bilik gerakan MUIP antara jam 9 malam hingga 10 malam pada 19 Ogos.

Katanya antara 18 dan 20 Ogos, beliau melakukan lawatan ke Thailand bagi urusan perniagaan.

Akibat laporan itu, katanya beliau ditahan di Balai Polis Bandar Perda pada jam 10 malam, 21 bagi siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 Ogos.

Balasupramaniyam,45, mendakwa penahanan itu telah menjejaskan imej beliau sebagai seorang pengarah syarikat, selain mengalami tekanan mental dan emosi.

Katanya beliau menuntut ganti rugi khas berjumlah RM10 juta, ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan.

Rayer memberitahu pemberita bahawa beliau telah mengeluarkan notis bertarikh 9 Sept lepas mengarahkan supaya Nallakaruppan menarik balik dakwaan dalam laporan polis itu dan memohon maaf secara terbuka.

Katanya, saman itu difailkan selepas Nallakaruppan gagal mematuhi notis tuntutan itu dalam masa yang ditetapkan. - Bernama


ala nala kan duit banyak....tapi dia kat mana erk sekarang? nala....nala...oooo... nala....mana hang dok p menyorok??nala...nala...

No comments

Powered by Blogger.