padan muka zainol padzi
Ipoh , 18 Okt : Dalam satu kenyataan yang dibuat lewat petang ini, Ustaz Misbahul Munir menyatakan kesalnya terhadap satu ‘Aduan BPR’ yang dilakukan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman.
Dalam satu sidang akhbar yang dibuat sebelum ini, Misbah menganggap tindakan mereka yang membuat laporan kepada BPR itu hanyalah satu gimik politik murahan Umno, khususnya untuk mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat.
Sila lihat kenyataan resmi beliau di sini
“Mereka semata-mata bertujuann jahat untuk mencemar kerajaan Pakatan Rakyat disamping bertujuan mencari pablisiti peribadi murahan menjelang demam pemilihan Umno sekarang ini,” jelas Misbah.
“Saya akan mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menyaman Ketua Pemuda Umno Perak terhadap laporan BPR kononnya saya salah guna kuasa,” kata Misbah.
Menurut Misbah, “Lapoan yang dibuat itu adalah berniat jahat terhadap kredibiliti saya selaku setpol.Imej saya agak terjejas dan tercemar.”
Misbah menyatakan kenyakinan dan kepercayaan orangramai terhadapnya mulai terjejas dan dipersoalkan.
“Peguam saya sedang mengkaji dan meneliti untuk mengambil tindakan saman terhadap Zainol Padzi,” jelas Misbah.
Zainol Padzi yang juga Ketua Pemuda Umno Perak dalam laporannya kepada BPR Perak di Ipoh pagi kelmarin mendakwa Misbahul Munir mengeluarkan surat arahan meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.

No comments
Post a Comment