parti UMNO semakin menuju kehancuran
Khabar Terkini Dari Kinabatangan
Terkini dari persidangan UMNO Bahagian Kinabatangan :Bung Moktar menang tanpa bertanding dan dapat meneruskan khidmatnya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan
(yang telah dipegangnya sejak sekian lama walaupun terdapat 2 buah perkampungan TEPI JALAN UTAMA iaitu Kg Paris dan Kg Batu Puteh masih belum mendapat kemudahan bekalan air dan elektrik)
Jawatan Timbalan Ketua pula menyaksikan pertandingan 2 penjuru (asalnya 3 penjuru) antara YB Saddi Abdurahman (ADUN Sukau) dengan bekas Setiausaha UMNO Bahagian Kinabatangan, Jefri Ariffin. Calon yang telah menarik diri ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan beberapa penggal yang lepas (juga dikenali sebagai Jutawan Kinabatangan), Johari Janan, adik kepada bekas ADUN zaman USNO (Orang kuat USNO), Saleh Janan.
Manakala, penyandang kepada jawatan Timbalan Ketua UMNO Kinabatangan, bekas ADUN Sukau yang telah tersingkir pada PRU 12 yang lepas, Datuk Aklee Hj Abbas, sekali lagi disingkirkan pada pemilihan kali ini.
Sebagai makluman, Datuk Aklee Hj Abbas merupakan PEMIMPIN TEMPATAN yang telah lama berkhidmat di kawasan Kinabatangan sejak zaman USNO dahulu.
Hakikatnya, para pemimpin ini semakin lama semakin tersingkir daripada politik Sabah itu sendiri... Kesian orang lama USNO...
Seperti yang diramalkan, jawatan Naib Ketua (sebelum ini disandang oleh YB Saddi) menyaksikan pertembungan 4 orang pemimpin masyarakat (juga dikenali sebagai orang-orang besar Kinabatangan). Calon 'favourite bagi jawatan ini adalah Datuk Pangeran Abd Rahman (waris Datuk Pangeran Galpam-juga orang kaya Sandakan/Kinabatangan).
Jawatan-jawatan lain akan dilaporkan selepas pengiraan.
Buat masa ini, pengiraan masih lagi dibuat selepas perwakilan daripada lebih 200 cawangan UMNO di dalam kawasan Kinabatangan telah membuat pilihan.
Terdapat 98 orang yang telah menawarkan diri untuk bertanding merebut tempat untuk menjadi perwakilan dalam Persidangan UMNO di PWTC Mac depan. Mereka terdiri daripada orang baik, orang jahat, orang gila kuasa, pengampu, pembodek, kaki judi, penganggur terhormat, kontraktor kelas A B C D E F serta bermacam-macam jenis orang lagi termasuk para alim ulama' (yang betul dan alim-alim kucing)
NOTA : Bahagian ini dijangka mencalonkan KHIR TOYO sebagai Ketua Pemuda UMNO
No comments
Post a Comment