Pemimpin PAS cari jalan berdamai

Semua pemimpin tertinggi PAS dijangka bertemu di Langkawi bulan depan bagi meredakan pertembungan terbuka di kalangan mereka, khususnya susulan projek pertukaran kerajaan persekutuan 16 September yang diuar-uarkan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysiakini difahamkan sebuah hotel dekat Tanjung Malai telah ditempah untuk tujuan itu antara 7 hingga 9 November ini selepas rancangan asal untuk mengadakan pertemuan seumpama itu pertengahan bulan ini tidak menjadi kenyataan.

Kira-kira 60 bilik yang masing-masing boleh memuatkan dua orang telah ditempah untuk program permukiman PAS itu.

Beberapa kertas kerja akan dibentangkan pemimpin PAS, termasuk ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar Ogos lalu.

No comments

Powered by Blogger.