pemuda kelantan adalah yang paling lawak

aku rasa nak gelak kuat-kuat...ada ke punya lawak la...nak p cadang annuar jadi naib presiden..orang lain dok kecoh pilih pemimpin yang elok dalam kumpulan yang tak elok...apa punya mimpi yang hangpa dapat?nuar hang p minta maar kat tok guru dulu....nanti seksa dalam kubur tak da sapa yang tahu..

Pemuda Kelantan mahu calon Annuar Naib Presiden

KOTA BHARU 7 Okt. - Pemuda UMNO Kelantan mencadangkan agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Tan Sri Annuar Musa menawarkan diri bagi jawatan Naib Presiden parti.

Setiausahanya, Anuar Safian berkata, Annuar layak untuk diberikan tanggungjawab membantu Presiden dan Timbalan Presiden menerajui parti berdasarkan pengalamannya sebagai bekas menteri serta ahli Majlis Tertinggi (MT) yang paling lama.

Malah katanya, dengan ketokohan, komitmen dan kesetiaan Annuar terhadap parti turut teruji dengan sejarah penglibatannya yang begitu panjang.

"Jika kita lihat daripada lima buah negeri yang tewas pada pilihan raya umum lalu, tidak ada seorang pun Pengerusi Badan Perhubungannya yang menawarkan diri sedangkan kelima-lima negeri ini mempunyai lebih 100 bahagian.

"Saya melihat beliau yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut bagi memperkuatkan semula UMNO di negeri-negeri yang tewas ini.

"Kita amat berharap beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehingga kini, dilaporkan enam pemimpin yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan.

Mereka ialah Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar; bekas Naib Presiden, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, UMNO Kelantan tidak gagal pada pilihan raya umum lalu walaupun tidak berjaya untuk merampas semula negeri ini daripada Pas.

"Annuar tidak gagal pada pilihan raya umum lalu, kita tewas disebabkan isu nasional dan masalah di peringkat kepimpinan Pusat.

"Berdasarkan pengalaman yang dimilikinya, beliau layak untuk memberikan idea membantu untuk mendapatkan semula negeri-negeri yang tewas ini," katanya.

No comments

Powered by Blogger.