Perjanjian Abdullah dan Najib: Khairy Ketua Pemuda UMNO Malaysia

antikhairy | Perjanjian sudah termaktub. Abdullah akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi Abdullah memberi dua syarat:

1) Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI

2) Pastikan Khairy menang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Baca artikel sepenuhnya dibawah dari MYKMU:

Eksklusif: Khairy Akan Terus Berkuasa
Posted on Tuesday, September 30 @ 00:59:14 MYT
Topic: editor

Jika ada sesiapa yang menganggap menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Saudara Khairy Jamaluddin, bakal kehilangan kuasa dan pengaruh dalam politik UMNO berikutan ura-ura pengunduran Presiden UMNO ini, nyata ia merupakan satu hipotesis yang tidak tepat.

Maklumat terbaru yang diperolehi oleh MYKMU mendapati sudah ada usaha kem Abdullah untuk memaksa DatukSeri Najib memastikan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia Mac ini jika mahu Pak Lah meletak jawatan tanpa bertanding.

Menurut sumber, dua perkara yang diminta oleh Abdullah kepada Najib dalam pertemuan baru-baru ini ialah Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI dan pastikan Khairy akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Najib dikatakan bersetuju permintaan pertama tetapi tidak memberi apa-apa pandangan terhadap permintaan kedua. Disebabkan itu, Pak Lah tidak mengumumkan persaraannya Mac 2009 seperti sepatutnya. Pak Lah mahu melihat gerak tari Najib terlebih dahulu.... selanjutnya.

no2umno

No comments

Powered by Blogger.